Bukan Mengada-Ngada, Tapi Ada Alasan Kenapa Panggilan Manja Penting Dalam Hubungan

Share

Dari zaman bercinta hingga ke alam rumah tangga, pasti anda ada gelaran manja untuk orang tersayang. Ada yang memanggil sayang, sweety, manja, abang, comel, darling, dear, honey, baby dan sebagainya.

Percayalah, panggilan-panggilan manja dan manis ini sebenarnya penting dalam mengeratkan sesebuah hubungan lebih-lebih lagi hubungan suami isteri. Malah dengan membiasakan diri anda menyebut panggilan sebegini mampu membuatkan pasangan rasa lebih disayangi dan dihargai lantas meningkatkan kualiti kemesraan hubungan anda berdua.

Panggilan manja ini sepatutnya diteruskan dari zaman bercinta hingga sudah berkahwin. Ini kerana ada sesetengah pasangan menukar panggilan manja tersebut dengan abahnya, maknya, awak sehinggakan hilang sifat kemanjaan dalam rumah tangga.

Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang berunsurkan manja, lucu dan romantik dikategorikan sebagai kata-kata positif yang boleh memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang. Malah kata-kata yang baik ini juga dapat membuatkan adanya perasaan positif yang mendamaikan dan menenangkan fikiran.

Walaupun ada sesetengah panggilan yang diberikan kepada pasangan kedengaran lucu dan aneh, namun ia merupakan suatu hal yang memiliki pengaruh sangat baik dalam sesebuah hubungan. Bahkan cara ini juga merupakan salah satu penanda baiknya sebuah hubungan yang dimiliki oleh seseorang.

Dalam satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau pula ditunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda yang sihat dalam sebuah hubungan asmara.

Hasil yang positif tentang panggilan sayang ini juga pernah dikemukakan oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam penelitian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, sebanyak 76% pasangan berpendapat mereka bahagia apabila dipanggil sayang oleh pasangan mereka.

Ini kerana panggilan tersebut digunakan sebagai memperingati akan keakraban dan betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka akan selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, penelitian dari University of Western Ontario menunjukkan bahawa panggilan lucu atau humor yang dilontarkan saat anda dan pasangan bertengkar ternyata mampu mengakhiri pertengkaran anda berdua sekali gus melupakan emosi yang melanda saat bertengkar.

Cuma tanya diri anda sendiri, seberapa kerap anda menggunakan panggilan manja sebegini kepada pasangan? Jika jarang pastikan selepas anda membaca artikel ini, anda jadikan panggilan manja untuk pasangan sebagai satu tabiat. Selain membuatkan hubungan rumah tangga anda berdua semakin sihat, ia juga dapat menambahkan romantis dalam rumah tangga.

Published by
Bella