Bukan Mudah Untuk Memulakan Hidup Berdua. Lelaki Ini Kongsi Tips Kewangan Buat Pengantin Baru!

Share

Tips Pengurusan Kewangan Pengantin Baru

********************************************

Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.

Mana tidaknya, segala ranjau berduri, dugaan percintaan yang ditempuhi untuk menuju cinta yang halal, akhirnya dapat diterjemahkan melalui sebuah ikatan janji yang sah lagi halal. Cewah. Kemain intro gua ni ek. Kakaka.

Ada yang merancang untuk bercuti ke luar negara, ada yang mengambil pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin yang gah dan meriah serta ada juga yang beli kereta import mewah untuk pasangan. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.

Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk melangkah dan mengharungi bahtera perkahwinan.

Jadi, apa kau boleh buat apabila baru berkeluarga;

***

  1. Merangka Bajet Keluarga

Dulu makan sorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berkahwin, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.

 

  1. Merekod Perbelanjaan

Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Contohnya seperti kos baiki paip rumah rosak.

 

  1. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan

Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;

-Barang dapur

-Belanja makan

-Ansuran rumah

-Ansuran kereta

-Kos bil air & elektrik

-Hiburan

-Perlindungan takaful

-Tabung simpanan

-Tabung pelaburan

-Tabung pendidikan anak-anak

-Tabung kecemasan / luar jangka

-Tabungan bercuti

-Tabung pencen

-Tabung baik pulih kenderan / rumah

.

  1. Simpanan Dan Melabur

Menyimpan dalam bank tidak memberi banyak keuntungan. Simpan di bank hanya untuk simpanan kecemasan sahaja. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.

.

  1. Perlindungan Takaful

Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada Astro pun asalkan ada perlindungan takaful. Ini Astro mampu bayar, takaful tak nak ambil. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.

.

  1. Hindari Hutang

Apabila memulakan kehidupan baru, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa.

.

  1. Kad Kredit Cukup Satu

Jika pasangan kau ada dua kad kredit, kau pun ada satu, bila dah kahwin tutup semua kad kredit. Biar tinggal satu je. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan. Kalau kau tak reti kawal penggunaan kad kredit, takde langsung pun molek juga.

***

Korang kena ingat tindakan kewangan korang sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang.

Pada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru gua ucapkan. Kalau bergaduh tu biasalah. 1-5 tahun tu, proses kau orang nak mengenali hati budi pasangan masing-masing.

Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua hati yang berbeza latar belakang. Kah!

P/S: Silakan tag, share kepada suami / isteri korang tu. Nak tag tunang, bakal zaujah pun boleh. Mulakan kehidupan yang baru dengan ilmu kewangan yang padu!!!

 

[ASY]

 

#AmirSyahir

#NotaKewanganASY

Kredit: FB Amir Syahir

Published by
webadmin