Hubungan

Bukan ‘Queen Control’, Tapi Ini 5 Sebab Isteri Merajuk Bila Suami Balik Lewat

Share

Tugas seorang suami sangat berat. Banyak benda yang mereka perlu fikirkan, banyak komitmen yang perlu mereka selesaikan. Sehinggakan ada yang tidak sempat menjaga kesihatan diri sendiri kerana memikirkan keluarga. Ia memang bagus untuk mementingkan keluarga, tetapi anda juga perlu kan masa dan ruang untuk diri anda.

Mungkin ada sesetengah suami yang bekerja keras hingga keluarga terabai. Pulang lewat ke rumah. Penat memikirkan hal ditempat kerja sehingga tiada masa untuk melayani isteri sendiri. Ini mungkin petanda yang tidak bagus dalam rumah tangga anda. Isteri pula perlulah faham akan kerja si suami. Mereka bekerja keras demi menyara keluarga.

Oleh itu, jangan bebani mereka dengan macam-macam perkara. Namun, tahukah anda kenapa kebanyakkan isteri suka merajuk bila suami pulang lewat ke rumah? Jom lihat 5 sebab ini.

1. Isteri anda sangat letih

Disebabkan keletihan isteri, mereka ingin dimanjakan oleh suami. Mereka perlukan masa bersama anda. Pulang dari tempat kerja dan berharap anda berada disisi mereka. Senang kata mereka perlukan ‘attention’ lebih dari anda.

2. Isteri rasa sunyi

Walaupun dirumah sudah ditemani anak-anak, tapi isteri masih perlukan seorang dewasa untuk mendengar ceritanya, meluahkan apa yang terbuku di hati, berbincang mengenai anak-anak, urusan kerja rumah atau sekadar berbual kosong. Sebab itulah isteri boleh bercakap tanpa henti sebaik saja si suami melangkah masuk ke rumah. Mungkin si isteri tak bermaksud nak membebel, tapi dalam hatinya cuma nak berkongsi.

3. Isteri dah masakkan sesuatu istimewa

Bila isteri dah masakkan makanan kegemaran suami, pasti dia akan menantikkan kepulangan si suami. Tapi tahu-tahu dia ada rancangan lain. Tentu rasa sedikit kecewa walaupun ia bukanlah disengajakan. Kadang-kadang bukan senang isteri cari barang memasak yang complete khas buat suami.

4. Kasihan pada anak-anak

Bayangkan, kejap-kejap anak tanya pasal ayah mereka. Sampai kita yang geram nak menjawab sebab dah beritahu banyak kali. Kasihan dengan anak-anak sebab masa bersama ayah cuma 3-4 jam setiap hari. Masa yang singkat itulah si anak-anak nakkan perhatian dan bermanja dengan ayahnya. Kalau yang jenis kerja luar dan tak tentu masa, lagilah kasihan.

5. Rasa kurang dihargai

Walaupun menguruskan rumah dah menjadi sebahagian rutin isteri setiap hari, dah tentu ada hari-hari yang lebih mencabar buatnya. Isteri lakukan semua buat suami tetapi suami sedikit pun tak puji. Pasti ada rasa kurang dihargai oleh isteri.

Suami kalau balik lewat tu, bawalah something untuk gembirakan isteri. Tapaulah makanan ‘favourite’ dia. Paling kurang kalau terlupa sangat pun belilah coklat dekat 7e tu. Bukannya susah. Itu kan tanda ingatan dan keprihatinan.

 

Published by
NanyRahman