DUGAAN perkahwinan sememangnya luar biasa kerana pasangan yang berjiwa kental sahaja mampu menghadapi suka dan duka bersama serta masih mampu mencipta bahagia.

Kisah dugaan bukan hanya salah faham antara suami dan isteri, bahkan isu tidak serasi dengan mertua atau kehadiran orang ketiga dan pasangan terpaksa melalui perkara pelik yang dianggap mistik juga mendorong pada permasalahan.

Paling kerap dibangkitkan ialah isu saka sama ada isteri atau suami. Masalah itu ternyata bukanlah sesuatu harus dipandang ringan kerana selalunya pasangan yang berdepan situasi saka akan berubah menjadi individu berbeza.

Sebenarnya, pasangan ‘tiba-tiba’ berubah adalah kerana anda mempunyai saka dalam diri yang membuatkan suami makin jauh dan berubah hati. Paling teruk kewujudan saka itu menyebabkan hubungan kalian hilang keserasian dan hambar.

Bagaimanapun ingin saya kongsikan apakah saka itu sebenarnya. Dari perspektif psikologi saka adalah trauma dalam diri seseorang baik lelaki mahupun wanita.

Saka atau trauma akan mengakibatkan individu berubah perangai menjadi pelik yang dianggap mistik. Ia lazimnya berlaku disebabkan tragedi yang berlaku dalam diri dan apabila tidak dilepaskan, trauma berkenaan akan menjadi emotional blockage.

Bukan Salah Isteri Jadi Queen Control  Kalau Suami Pernah Buat Perangai

Justeru, terdapat empat cara untuk kenali tanda-tanda 'saka' dalam diri.

1 Isteri Queen Control (QC)

Siapa yang tidak pernah mendengar isteri QC? Ia bukan perkara baharu, malah sering menjadi gurauan sesama rakan.

Isteri tegar mengawal suami, itu tidak boleh dan tidak boleh sehingga sanggup memeriksa telefon pintar pasangan. Ia termasuklah bertanya setiap masa destinasi yang dikunjungi, bersama siapa, buat apa dan sebagainya.

IKLAN

Bagi isteri yang bertindak demikian merasakan tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan menjaga kepentingan diri dan anak-anak. Sedangkan suami pula rasa amat terganggu dan rimas serta menyifatkan isteri tidak mempercayai dirinya.

Nampak mudah bukan? Namun, impak pada diri seorang lelaki amat besar. Tindakan sedemikian menyebabkan lelaki rasa rendah diri, sekali gus mencetuskan sifat pemarah.

Lebih memburukkan keadaan suami memilih untuk melarikan diri agar tidak bergaduh dengan isteri.

Akhirnya, suami mula mencari dan tertarik kepada wanita yang mampu memberikan kepercayaan kepadanya. Di sinilah munculnya orang ketiga.

Bagaimanapun, isteri menjadi QC mungkin disebabkan pernah mengalami trauma dalam hidupnya yang berpecah-belah. Mungkin ayahnya pernah berkahwin lain dan meninggalkan beliau bersama ibu dan adik-adik demi membina keluarga baharu.

Jadi, ia akan mendorong isteri bersangka-sangka terhadap pasangan. Ramai tak sedar perasaan berprasangka sebenarnya adalah saka dalam diri.

IKLAN
Bukan Salah Isteri Jadi Queen Control  Kalau Suami Pernah Buat Perangai

2 Melarikan diri daripada suami

Hal demikian berlaku ketika peringkat melakukan hubungan intim. Isteri sering mengelak dan melarikan diri daripada suami. Isteri sengaja menyibukkan diri dan membiarkan suami keseorangan menunggu. Meskipun isteri boleh memberi pelbagai alasan, namun suami dapat berasakan perasaan isteri yang cuba mengelak.

Suami dan isteri ini mempunyai hubungan jiwa istimewa yang mana suami boleh merasakan isteri mengelak. Suami akan memikirkan bahawa tidak disukai isteri lantas mendorong mereka mencari wanita lain yang berminat meluangkan masa untuk dirinya.

Kebanyakan wanita mengelak berhubungan intim mungkin disebabkan gagal menikmati kepuasan dek trauma. Mungkin pada malam pertama, isteri merasai kesakitan disebabkan suami tiada pengalaman yang betul. Keadaan itu menyebabkan isteri rasa takut untuk mengalami proses yang sama lagi.

3 Tidak menghormati pasangan

IKLAN

Ramai yang tidak menyedari bahawa saka atau trauma juga sebenarnya amat menjejaskan hubungan suami isteri.

Ekoran terlalu banyak bersangka yang buruk adakalanya menyebabkan hati tidak tenang. Apabila terlalu banyak prasangka timbul tanpa diselesaikan secara baik, maka hubungan suami isteri akan menjadi 'panas’ sahaja. Sehingga sampai satu keadaan, isteri mula marah-marah dan menghamburkan kata kesat kepada suami. Apabila egonya tercabar, suami pasti turut melenting dan mengakibatkan pertengkaran besar.

Trauma dalam diri isteri juga menyebabkan mereka terlalu asyik melayan fikiran sehingga adakalanya beliau seperti boleh melihat bayangan perkara-perkara buruk yang dilakukan suaminya.

4 Tidak mengenali pasangan

Walaupun sudah berbelas tahun kahwin, anda masih tidak mengenali pasangan sepenuhnya. Tidak pernah memberi perhatian kepada perkara dimahukan pasangan. Ramai tidak sedar akan hal itu.

Anda tidak mengetahui apa yang pasangan suka atau tidak suka. Adakalanya kita terlupa bahawa golongan lelaki juga manusia punya hati dan perasan.

Suami sebenarnya hanya mahu dilayan dan dimanja sama seperti kita melayan anak-anak, disiapkan, disediakan atau dimandikan. Mereka mahu isteri melayan mereka seperti seorang ibu supaya berasa selamat, tenang dan bebas.

Lelaki mahu pasangan selalu memberi semangat, sokongan, menghargai pengorbanannya, sentiasa memberi pujian walaupun kecil. Kebanyakan wanita lebih suka memberi perhatian pada perkara tidak disukai. Sentiasa positif dengan suami, jangan selalu bad mood.

*Penulis Diyana Tahir merupakan pakar perhubungan dan keintiman

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI