
Isi Kandungan
ToggleSelepas berkahwin kebiasaannya anda akan menjalani aktiviti anda bersama dengan pasangan. Lebih-lebih pada waktu hujung minggu kerana itu lah waktu lapang untuk anda bersama si dia.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti dengan pasangan anda termasuklah dalam hal pemakanan. Ya, ramai orang berpendapat selepas anda berkahwin berat badan anda akan semakin bertambah. Tapi kenapa? Ini sebabnya!
1. Pasangan berkahwin banyak luang waktu bersama
Melakukan aktiviti bersama bukanlah bermaksud melakukan perkara yang buruk, ia termasuk seperti menonton wayang bersama, bersukan, dan shopping bersama. Mesti kalau anda berjalan di kompleks beli-belah dan ada sahaja yang teringin nak makan sesuatu. Jadi, pasangan anda mesti akan join sekali bukan?
2. Tidak mahu membazir
Wanita kebiasaannya selalu tidak menghabiskan makanan dengan baik. Jadi, apabila tidak habis siapa yang akan makan? Tentu sahaja si suami yang terpaksa menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.
3. Isteri sentiasa hendak puaskan suami
Pasti anda pernah mendengar pepatah ini “nak bahagiakan suami, mula dari perutnya”. Ramai wanita apabila berkahwin, jadi mereka mula masak macam-macam makanan sedap untuk suami. Sehingga tidak sedar yang berat badan naik secara mendadak kerana menikmati hidangan orang isteri tercinta.
4. Kadang kala makan kerana kecewa
Kebiasaan orang lagi-lagi wanita apabila mereka rasa tertekan atau sedih, salah satu cara yang boleh hilangkannya adalah dengan makanan. Mereka lebih rela melepaskan tekanan mereka dengan makanan dari terus dibelenggu oleh masalah.
5. Mengandung
Tentu sahaja! apabila anda sudah berkahwin mengandung adalah salah satu berita gembira buat anda berdua. Jadi, bila mengandung macam-macam pula makanan yang diidamkan. Sehinggakan mereka sendiri tidak mampu untuk melawan nafsu makan mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Pertengkaran Antara Suami Isteri Dengan 10 Petua Ini

Tidak ada orang yang tidak pernah bertengkar sepanjang hidupnya. Demikian juga kehidupan berumah tangga, tidak ada pasangan suami isteri yang tidak pernah bertengkar sepanjang usia pekahwinan mereka. Perkahwinan yang tiada pertengkaran adalah perkahwinan tanpa emosi.
Pertengkaran mendatangkan kebaikan dan keburukan. Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk menghadapi pertengkaran dalam rumah tangga.
- Sedarlah bahawa pertengkaran berlaku sebagai usaha untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan dalam kehidupan berumah tangga. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya dalam apa jua aspek. Oleh itu usah takut berbincang. Mengelakkan perbincangan kerana khuatir akan berlaku pertengkara hanya akan menimbulkan masalah lebih besar pada masa akan datang.
- Berusahalah sedaya upaya agar pertengkaran kecil tidak melarat menjadi besar dengan cara menyelesaikan masalah yang timbul sebaik mungkin. Pertengkaran kecil itu akhirnya akan menjadikan suami isteri merasa lebih akrab berbanding sebelumnya.
- Jika seorang suami berasa marah terhadap orang lain yang ditemuinya di luar rumah, janganlah sesekali membawa rasa marah itu pulang ke rumah dan dihamburkan kepada isteri. Bersabarlah kerana Islam menyuruh kita bersabar.
- Sekiranya pertengkaran itu tidak dapat dielakkan lagi kerana salah cara menyampaikan atau sukar untuk menerima hakikat yang terjadi, usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain terlibat dalam urusan tersebut.
- Dalam pertengkaran, usahlah ungkit kelemahan pasangan sehingga seolah-olah kita saja yang baik. Dan usahlah bertengkar hanya untuk mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
- Pertengkaran yang bersangkutan dengan sesuatu topik, usahlah dikaitkan dengan topik-topik lain yang tiada kena-mengena. Jika masalah-masalah lain dimasukkan juga, ia akan menjadi satu pertengkaran besar yang boleh membawa bencana.
- Jangan menggunakan kekasaran semasa bergaduh. Misalnya memukul, melempar barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
- Gunakan bahasa yang sesuai agar kata-kata kita tidak menyakiti hati pasangan. Jika hati sakit, masalah tidak akan selesai. Sebaliknya kata-kata yang lembut akan melunakkan hati pasangan.
- Jika bertengkar, usah biasakan membawa diri menyendiri dan menjauhi pasangan. Berusahalah cari jalan penyelesaian dan cuba cipta suasana yang boleh merapatkan kembali hubungan.
- Jangan biarkan pihak ketiga masuk campur dalam pertengkaran. Kehadiran pihak ketiga yang hanya memihak kepada sebelah pihak akan menambah nyalaan api pertengkaran.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 5 Cara Pikat Pasangan Untuk Menghangatkan Hubungan Agar Terus Bahagia

Dalam sesebuah perhubungan pasti ada turun dan naik. Bergaduh adalah perkara biasa yang menjadikan hubungan lebih manis. Biarpun sudah lama berkahwin ini bukanlah alasan untuk anda tidak meraikan pasangan anda. Kejutan ini pula bukanlah kejutan yang mewah ataupun besar, sebaliknya perkara-perkara kecil yang membahagiakan.
1. KUCUPAN SAYANG
Pernah tak terfikir untuk mencium pipi pasangan anda kala masing-masing hendak keluar bekerja? Mungkin selama ini hanya bersalam, apa kata ‘hangatkan’ perpisahan sementara anda dengan kucupan mesra dipipi sebagai tanda kasih.
2. BREAKFAST IN BED
Ini khas untuk suami-suami di luar sana. Apa kata satu hari hujung minggu anda mengejutkan isteri anda dengan sarapan di atas katil. memang klise bunyinya, namun percayalah mereka pasti terharu dan kesungguhan anda mengejutkan mereka akan mengundang senyum dan mengeratkan lagi hubungan. Sedap ke tak sedap ke, itu lain kira, yang penting usaha cik abang tersayang yang mengagumkan.
3. URUTAN MANJA
Kadang-kadang pasangan terlepas pandang tentang keadaan pasangan masing-masing. Apabila pulang daripada kerja penat dan juga stres yang melanda menghilangkan mood. Jika anda perasan seperti pasangan anda tidak ceria dan letih, apa kata berikan mereka urutan mesra dan manja dan sambil itu anda boleh berbual dengan mereka bertanya khabar tentang apa yang berlaku. Mungkin anda tidak mampu menyelesaikan masalah pasangan anda, namun sekurang-kurangnya mereka boleh berasa lega kerana ada tempat untuk meluahkan apa yang tersimpan dihati.
4. PERCUTIAN ISTIMEWA
Bercuti tidak semestinya ke tempat yang jauh atau di luar kota, sebaliknya anda boleh meraikan hubungan suami isteri dengan bercuti di hotel-hotel empat atau lima bintang terdekat. Sekarang banyak tawaran-tawaran harga istimewa hotel-hotel, jadi kejutkan suami atau isteri dengan hujung minggu yang menarik. Sama-sama menenangkan minda sambil dibuai dengan layanan istimewa.
5. BERTUKAR ‘POSISI’
Menghangatkan hubungan anda dengan pasangan cuba ubah cara melakukan hubungan intim. Mungkin selama ini ia hanya berlaku di atas katil sahaja, apa kata ubah kepada tempat lain seperti di atas sofa ataupun ketika mandi bersama. Paling penting ubah kedudukan posisi anda agar tidak sama sahaja seperti sebelumnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wishlist Para Isteri, Teringin Alatan Memasak Kalis Lekat

Isi Kandungan
ToggleIsteri selalu mengeluh, kuali asyik melekat je setiap kali nak masak. Sukar untuk dicuci semula dan membuatkan periuk dan peralatan memasak anda nampak tidak cantik. Disebabkan itulah wujudnya peralatan memasak kalis lekat ini diwujudkan, namun sejauh mana kebaikannya kepada kesihatan kita? Ikuti perkongsian dari Makmal Makanan (MaMa) ini sebagai rujukan buat kita semua bakal pengantin juga para suri rumah tangga.
PERALATAN MEMASAK KALIS LEKAT

Komponen utama peralatan memasak ialah logam besi aka iron (Fe), aluminium (Al) dan kuprum aka tembaga (Cu). Disebabkan sifat fizikal (lembut, ringan, mudah dilentur…) dan kimia (mudah bertindakbalas), logam-logam ini dicampur dengan sedikit logam kromium, nikel, strontium atau molybdenum mengikut peratusan tertentu membentuk aloi. Ini bertujuan untuk menjadikan struktur logam utama ini lebih stabil secara kimia (tidak reaktif atau berkarat) dan tahan lasak.
Antara aloi yang paling popular ialah keluli tahan karat (stainless steel) yang mana dibentuk daripada campuran logam utama besi dan kromium. Untuk membolehkan kita menggambarkan struktur kimia peralatan memasak ini, berbilion atom logam berkenaan terikat secara metalik. Ikatan metalik ini sangat kuat, boleh dilentur dan pengalir haba yang bagus. Ciri pengalir haba ini sangat perlu untuk memasak agar kuali cepat panas dan makanan masak dengan sekata.
Apakah yang berlaku kepada peralatan memasak ini semasa dipanaskan?
Semasa dipanaska
n, logam yang membentuk peralatan memasak ini akan mengembang (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) disebabkan oleh tenaga kinetik (pergerakkan) elektronnya meningkat. Pengembangan ini akan menghasilkan ruang yang menyebabkan makanan yang dimasak mencelah masuk dan melekat pada permukaan kuali. Ini terutamanya makanan yang bersentuhan secara terus dengan permukaan seperti menggoreng atau memanggang.
Jadi untuk mengurangkan perlekatan ini, ianya ditambahkan dengan minyak yang mana bertujuan menyaluti lapisan permukaan peralatan memasak. Namun, disebabkan kesedaran dalam mengurangkan penggunaan minyak, teknologi menggantikan fungsi minyak ini dibangunkan. Maka, di sinilah konsep penyelaputan (coating) permukaan peralatan memasak diperkenalkan. Dan dinamakan peralatan memasak kalis lekat (non-stick cookware).

Lapisan Selaput Kalis Lekat Pada Peralatan Memasak:
Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan sebagai selaput kalis lekat termasuklah bahan kimia plastik pelincir polytetrafluoroethylene (PTFE), seramik, enamel dan silikon. Mari kita teliti satu-persatu bahan selaput ini untuk lebih jelas.
PTFE
PTFE merupakan bahan pepejal yang memiliki pekali geseran (coefficient of friction) yang sangat kecil atau dengan bahasa mudah, sangat licin. Bahan kimia ini sangat stabil dan tidak berbahaya, maka ianya dijadikan alternatif (buid-in) untuk menggantikan fungsi minyak tadi.
Peralatan dapur yang mengandungi PTFE adalah produk Teflon. Apabila peralatan ini dipanaskan melebih 350 degree Celsius ianya berpotensi menghasilkan gas fluorocarbons yang menyebabkan hidung berair (sementara) dan mungkin boleh menyebabkan komplikasi kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan. Pun begitu, suhu ini hanya dicapai apabila kuali dipanaskan sehingga berasap-asap tanpa air atau minyak dan dalam ruang kurang pengudaraan. Fikir logik, asap berlebihan biasa juga boleh memberikan kesan yang sama. Maka, kesan ini tidak signifikan.
Sebenarnya yang merisaukan ramai ialah pengunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser. Bahan kimia ini digunakan untuk meningkatkan keterlarutan (surfactant) PTFE dalam proses pembuatan. Pun, begitu proses rawatan haba tinggi akhir terhadap peralatan ini sebenarnya tidak meninggalkan sedikit pun PFOA. Ianya telah termusnah.
Namun disebabkan desakan, pengunaan PFOA ini telah dihentikan sejak tahun 2015, lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti GenX. Dan desakan ini sebenarnya lebih kepada isu bahaya pendedahan pekerja industri berkenaan semasa proses pembuatan (bukan pada selaput kalis lekat itu sendiri) dan ianya juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Selain daripada itu, lapisan PTFE ini boleh terkopek dan bercampur dalam masakan jika tidak dijaga dengan betul. Namun, ianya tidak bahaya kerana tidak mampu dihadam, lalu dikumuhkan dalam najis. Cuma fungsi kalis lekat itu sudah tiada, malah akan menyebabkan penambahan sifat perlekatan dengan masakan pula. Ada pula jenis yang berkarat, jadi bolehlah dielakkan dengan sapuan sedikit minyak pada bahagian yang calar setelah dikeringkan. Disebabkan pelbagai ‘pertimbangan’ mengenai PTFE ini, maka para penguasaha datang dengan konsep ‘green’ non-stick cookwares yang berteraskan seramik, enamel dan silikon.
Seramik & Enamel
Saduran seramik dan enamel keduanya berasal daripada asas yang sama iaitu tanah liat yang mengandungi bahan kimia utama SiO2 aka pasir. Yang membezakannya adalah kekuatan suhu yang digunakan pada tanah liat dalam penghasilan kedua komponen ini di mana enamel bersifat fizikal lebih opaque, manakala seramik pula lebih seperti kaca.
Penambahbaikkan mengikut kesesuian kemudiannya dibuat dengan mencampurkan bahan kimia lain dalam pembuatan selaput ini menjadikannya berstruktur kimia hibrid (kacukan) organik-inorganik. Contoh penambahan bahan kimia organoalkoxysilane yang membentuk ikatan kovalen dan ionik yang kuat. Ikatan ini adalah kunci kepada stabiliti kimia dan fizikal saduran seramik dan enamel ini. Selaput jenis ini terdapat pada produk Le Creuset, Thermolon, GreenPan, Rachael Ra, GreenLife, EarthPan, Cuisinart, Orgreenic, GreenGourmet dan banyak lagi.
Seperti juga PTFE, cara penjagaan yang salah untuk peralatan jenis ini juga boleh menyebabkan selaput seramik dan enamel tertanggal lalu tidak lagi menjalankan fungsi optimum kalis lekat tadi. Kelemahan kuali kalis lekat PTFE, seramik dan enamel adalah mereka menghilangkan keupayaan kuali untuk mengalirkan haba sepenuhnya ke permukaan makanan yang mana kesan ‘kehangusan’ yang cantik tidak diperolehi. Maka satu lagi alternatif untuk penyelesaian ini ialah dengan menggunakan lapisan silikon.
Silikon
Lapisan silikon diperbuat daripada bahan kimia polysiloxane atau siliconized polyester sama seperti pembuatan hibrid lapisan seramik namun ianya lebih kepada ciri organik. Pun begitu, silikon tidak teguh secara fizikal, maka ianya lebih sesuai digunakan dalam peralatan pastri dibandingkan peralatan memasak biasa.Seperti yang telah saya terangkan di atas, masalah dalam peralatan yang diselaputi dengan bahan kimia kalis lekat ialah kadar aliran haba yang rendah. Maka, para pengusaha datang pula dengan konsep ‘graniteware’.
Graniteware
Peralatan memasak granite ini sebenarnya TIDAK ada langsung material daripada granite. Nama ini diberikan kerana struktur rupanya adalah seperti granite.Ianya diperbuat daripada besi karbon (carbon steel) yang diselaputi dengan lapisan porcelain enamel. Jenis yang ini juga selamat digunakan dan lebih tahan lasak, cuma ialah lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping kalis lekat dan ‘green’.
KESIMPULANNYA kesemua peralatan kalis lekat ini selamat digunakan. Namun pastikan beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
Tips penjagaan peralatan memasak kalis lekat:• Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
• Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
• Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI