Fasha Sandha

Normal gaduh suami isteri dalam rumah tangga, itulah pandangan pelakon jelita Fasha Sandha apabila disoal tentang hubungan dalam perkahwinan.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, perkahwinannya dengan suami, Aidil Aziz, 37, ada pasang surutnya namun teman hidupnya itu seorang yang sangat senang dibawa berbincang.

Fasha Sandha Belum Gaduh Dengan Suami

Bukan Sempurna, Fasha Sandha Juga Tak Lari Gaduh Suami Isteri

“Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.

“Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.

“Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama,” katanya lagi.

Ads

Menurut Fasha lagi, biarpun perhubungan rumah tangganya belum begitu sempurna tetapi dia sering mendoakan perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.

“Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.

“Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif,” ujarnya.

Ads

Sibuk Mana Pun Kerja, Tetap ‘Bertugas’ Untuk Suami Dan Anak

Bukan Sempurna, Fasha Sandha Juga Tak Lari Gaduh Suami Isteri

Dalam masa sama, dia tetap mendahulukan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu supaya semuanya terjaga walau sesibuk mana tugas di luar.

“Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.

Ads

“Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.

“Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik,” jelasnya lagi.

Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI