Bukan Semua Perempuan 24 Jam Nak Barang Berjenama, Cukuplah Bertanya Khabar Dan Ambil Berat

Share

Hadiah perlu dibeli. Bajet pula tak cukup. Kalau beli jugak nanti pokai lah aku!” Keluah seorang jejaka yang bakal menyambut hari jadi kekasihnya pada pertengahan bulan ini.

Situasi di atas sering berlaku dalam kehidupan pasangan yang asyik bercinta. Membeli cenderamata atau hadiah buat yang tersayang antara pemberian bermakna pengikat kasih sayang. Jika ada bajetnya mungkin tidak menjadi hal namun berlaku sebaliknya perlu ada langkah awal yang harus diambil. Maksudnya sasaran kewangan yang digunakan itu biarlah berpada-pada. Ini untuk memastikan anda tidak pokai dan kekasih pula tidak lari!

  1. Merancang Lebih Awal

Ingat akan tarikh-tarikh penting itu perlu! Terutama yang berkaitan hari jadi atau ulang tahun ikatan percintaan. Ini penting untuk anda membuat belanjawan lebih awal. 6 bulan merupakan tempoh terbaik anda mula menyimpan jika mahu memberikan hadiah istimewa kepada si dia. Setidak-tidaknya anda boleh mengetepikan dahulu kehendak diri dan memberi laluan untuk kekasih.

 

  1. Sasarkan Tujuan

Sasarkan apa yang anda ingin beli untuk kekasih. Mungkin telefon bimbit, jam atau tas tangan. Buat rangkaan bajet yang bersesuaian dengan gaji anda. Lakukan tinjauan di beberapa butik atau kedai untuk ketahui harganya. Selepas itu anda sudah mula menyimpan.

 

  1. Disiplin

Dalam tempoh menyimpan jangan sesekali anda mengeluarkan wang itu untuk kegunaan sendiri. Ini adalah kerana ia akan memberi kesan terhadap keseluruhan perbelanjaan dalam bulan itu. Pastikan anda telah menetapkan peruntukan lain untuk membayar ansuran kereta atau sewa rumah. Disiplin amat penting dalam misi untuk kekasih ini.

  1. Dating Sederhana

Dalam tempoh menyimpan itu anda juga akan keluar dating. Ketika ini anda perlu bijak menghadkan kos keraian. Mungkin anda boleh mengurangkan menonton wayang atau makan di tempat kurang eksklusif sebagai opsyen. Perlu diingat anda ada satu misi yang lebih penting, jadi utamakan tujuan itu. Anda perlu sasar dan rancang lokasi yang lebih bermakna untuk menyambut hari kelahiran atau ulang tahun sang kekasih kelak.

 

  1. Perubahan Ikut Kesesuaian

Sebagai contoh 3 bulan sebelum hari jadi kekasih, ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah anda boleh lihat apa yang si dia berkenan di hati. Ketika anda sudah menetapkan telefon bimbit dengan harga tertentu sebagai pilihan, mungkin kekasih hati lebih terpikat akan tas tangan jenama terkenal. Dalam situasi ini anda tidak digalakkan untuk membeli keduanya tetapi lebih bijak pilih hanya satu. Lihat kembali bajet yang anda ada itu perlu ditambah atau masih lagi sesuai mengikut keadaan semasa.

  1. Jangan Meminjam!

Jangan sesekali meminjam dari mana-mana pihak jika anda tidak cukup dana membeli hadiah atau keluar untuk tujuan dating. Ini bukan sahaja menambahkan hutang dan sudah pasti anda juga akan dipandang sinis oleh rakan-rakan.

 

  1. Elakkan Kad Kredit!

Adalah tidak digalakkan sama sekali jika anda mahu membeli suatu perkara yang bukan kepentingan utama menggunakan kad kredit. Melainkan jika anda mampu membayar semula sebanyak mana anda gunakan pada setiap hujung bulan, mungkin tidak menjadi masalah. Kad kredit boleh mengakibatkan anda muflis dengan penggunaan yang tidak terkawal. Sebaiknya kos yang berkaitan keraian ini dibuat secara tunai atau debit kad.

  1. Jangan Tunggak Bayar Utiliti

Menyimpan wang untuk hadiah kekasih bukan alasan untuk tidak membayar segala bil-bil elektrik, air, kereta dan telefon. Oleh sebab itu segala rangkaan perbelanjaan dan bajet telah dibuat dari awal lagi. Jangan menangguhkan segala bayaran kerana ini akan memberi kesan kewangan jangka masa panjang untuk anda.

 

  1. Sekadar Simpanan Jangka Masa Pendek

Perlu diingatkan sekali lagi, segala yang anda sasarkan seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya merupakan simpanan jangka masa pendek anda untuk mencapai sesuatu tujuan. Jangan lupa membuat tabungan untuk jangka masa panjang seperti perkahwinan, membeli rumah dan lain-lain lagi.

 

  1. Ukur Baju Badan Sendiri

Walau apa sekalipun tujuan anda adalah lebih penting untuk mengukur baju di badan sendiri. Lihat kedudukan kewangan anda sebelum putuskan untuk membeli sesuatu barangan. Kebiasannya material tidak boleh menjamin cinta yang akan kekal buat selamanya.  Hati dan perasaan anda terhadap kekasih lebih penting dari sekadar sebuah hadiah hari lahir semata-mata.

 

Published by
Kim