Siapa yang yang single tapi tak mengaku single? Itu bukan perkara yang memalukan. Anda boleh melakukan banyak perkara ketika anda hidup bujang sebelum mencari pasangan.

Tak bermakna hidup bujang ni tak laku bukan? Anda mungkin terlalu sayang diri anda sehingga tidak ada masa untuk bercinta kerana takut disakiti.

Image result for emma watson

Begitu juga dengan pelakon antarabangsa dan juga bintang filem Harry Potter, iaitu Emma Watson mendedahkan dalam satu temubual bahawa beliau tidak memanggil dirinya sebagai seorang yang bujang atau single, sebaliknya ‘berpasangan dengan diri sendiri’.

Emma watson tidak mengaku single tapi dia berpasangan dengan diri sendiri. Baginya keutamaan mencinta diri sendiri adalah lebih bagus dari mencintai orang lain terlebih dahulu.

“Saya tidak pernah mempercayai yang saya gembira hidup bersendirian. Saya mengambil masa yang lama, tetapi saya sangat gembira. Saya panggil ia sebagai berpasangan kepada diri saya sendiri.”, katanya dalam temubual terbabit.

Image result for emma watson

Pelakon yang berusia 29 tahun itu telah ditanya tentang pasangan hidup, namun beliau tidak pula berasa tertekan hidup bersendirian, malah gembira untuk menyayangi dirinya sendiri.

Jadi, anda single atau berpasangan dengan diri sendiri?

 

 

 

 

 

Kredit: WOB