Bukan Susah Nak Jadi Pasangan Romantik Halal, Nak Dengan Taknak Je!

Share

Bukan hanya wanita yang mahukan suami yang romantik, malah suami juga mahu isterinya bersifat romantik. Walaupun sudah berkahwin, masih ada pasangan yang malu untuk menunjukkan kemesraan biarpun hanya di rumah. Susahlah macam ni kan?

 

Dalam perkahwinan, bukan setakat keperluan nafkah zahir dan batin sahaja yang penting. Keperluan dalam kemesraan suami isteri juga dititikberatkan. Selalu sangat kita lihat di sosial media pasangan suami isteri yang secara terbuka menunjukkan rasa kasih dan sayang pada isteri. Tidak keterlaluan, cukup sekadar kita nampak kemesraan di antara mereka.

Nak jadi romantik ni ada banyak cara. Tapi kalau anda mengelak untuk buat perkara ini, memang tidak menjadi!

 

SENTUHAN FIZIKAL

Rajin-rajinlah belai pasangan. Tidak semestinya di bilik tidur. Sambil menonton televisyen tu, cuba anda usap kepala pasangan, belai rambut mereka, usap tangan mereka atau berikan ciuman mesra untuk menunjukkan kasih sayang.

 

SENYUMAN

Bergurau dengan pasangan boleh membawa kepada suasana yang sangat menggembirakan dan positif. Sampaikanlah senyuman anda kepada pasangan di saat mereka tidak menyangka anda akan tersenyum.

 

PUJIAN

Jangan lokek dengan pujian. Bukan kata wanita, lelaki juga suka apabila dipuji. Banyak benda yang boleh dijadikan pujian misalnya suami nampak kacak, isteri berbau harum, masakan yang enak, rambut yang disisir rapi dan banyak lagi!

 

JOIN MINAT PASANGAN

Bab ini ramai yang tak buat. Sebelum berkahwin mungkin kita ada alasan untuk melakukan aktiviti secara bersendirian tetapi bila dah berkahwin, cubalah untuk buat aktiviti yang disukai pasangan. Jika suami suka bermain golf, anda juga boleh berjinak-jinak bermain golf.

 

KATA-KATA CINTA

Sering ucapkan sayang pada pasangan. Jangan biarkan mereka menanti kata hikmat itu sehingga oleh buat mereka merajuk pula!

 

Senang kan nak jadi romantik? Bila kita dah mula buat salah satu langkah ni, langkah-langkah lain akan senang dilakukan. Belum cuba, belum tahu!

Published by
Anis Nor