Banyak kes kita dengar bercinta sejak sekian lama tapi akhirnya hubungan percintaan itu terkandas di tengah jalan. Ia bukanlah satu yang mustahil kerana setiap hubungan yang terjalin tidak kira sekejap atau lama pasti boleh berakhir disebabkan oleh beberapa perkara.
Berulang kali si lelaki membuat lamaran terhadap kekasih hati, namun kekasih hati masih menolaknya. Jika seseorang wanita ‘reject’ lamaran seorang lelaki, tentunya ada sebab yang tersendiri.
Nak tahu apa sebabnya? Jom kita lihat!
JUAL MAHAL
Ada kalanya sikap wanita ini suka ‘jual mahal’ terhadap lelaki. Wanita hanya ingin melihat kesungguhan dan kegigihan lelaki tersebut dalam cubaan untuk memikat hatinya. Tidak salah sekiranya setiap wanita ada sikap ‘jual mahal’ ini, barulah nampak eksklusif dan classy!
BELUM BERSEDIA
Sesetengah wanita belum bersedia untuk memberi komitmen pada sesuatu perhubungan. Mungkin ada sesuatu yang ingin dicapai sebelum membuka hati dalam percintaan. Selain itu, wanita yang terlalu fokus pada kerjaya juga menyumbang kepada sebab ini. Tapi, bukanlah bermakna wanita ini ingin membujang buat selama-lamanya.
TAK NAK JADI ORANG KETIGA
Dalam dunia ini ada lelaki yang suka berfoya-foya walaupun sudah mempunyai pasangan mahupun isteri. Lelaki jenis ini cukup ditakuti oleh wanita, sekali gus mereka tidak mahu menjadi orang ketiga dalam sesuatu hubungan. Lagipun ada ke wanita yang ingin menjadi orang ketiga? Mesti akan dianggap perampas dan sebagainya kan…
TAK SUKA DIPERMAINKAN
Serik bercinta kerana selalu gagal dalam perhubungan juga adalah salah satu punca pada ‘rejection’ ini. Mungkin sebelum ini wanita tersebut pernah dikecewakan dan patah hati dalam hubungan percintaan yang terdahulu. Oleh itu, mereka lebih berhati-hati dalam mencari pasangan seterusnya. Takut pisang berbuah dua kali pula!
TIADA RASA CINTA
Sesebuah hubungan tidak akan menjadi sekiranya tiada rasa cinta antara satu sama lain. Mungkin si wanita hanya menganggap lelaki itu sebagai kawan sahaja tetapi lelaki tersebut menganggap wanita itu sebaliknya. Jika cinta itu datang daripada sebelah pihak sahaja, maka ia tidak akan menjadi. Sesebuah hubungan itu perlu dipupuk dengan rasa cinta dan kasih sayang antara kedua-dua belah pihak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI