Walaupun kadang-kadang ada pasang surutnya hubungan rumah tangga itu tapi percayalah suami kalau dia bahagia, dia akan menghargai anda lebih dari segala-galanya. Perkara yang jarang dia lakukan pun akan jadi perkara yang tak disangka oleh para isteri.
Namun begitu, si isteri jangan leka apabila tahu suami anda sedang bahagia. Hargai dan semaikan lagi hubungan itu agar kasih sayang tidak pudar. Jadikan dia keutamaan anda. Anda akan menjadi pasangan bahagia yang membuktikan pada dunia bahawa perkahwinan adalah kebahagiaan, tidak kiralah pada waktu senang mahupun susah.
Nak tahu suami bahagia atau tidak? Ini 11 tanda membuktikan yang suami anda confirm bahagia.
1. SELALU PELUK & CIUM
Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan menghadiahkan anda sebuah ciuman. Ciuman itu bukanlah hanya sentuhan di pipi tetapi lebih intim. Anda boleh menafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira pulang ke rumah bertemu semula dengan anda.
2. RINGAN TULANG
Dia membantu anda menguruskan hal dalam rumah dan mahu meringankan beban anda. Dia dengan sukarela mengemas dan menguruskan rumah supaya rumah anda selesa didiami. Bukan itu sahaja, dia turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Dia sedar bahawa tanggung jawab mendidik anak bukan terletak hanya di bahu isteri, tetapi juga di bahunya.
3. SELALU MEMUJI ISTERI
Dia suka memberi pujian pada anda. Dia memberi perhatian pada anda dan segala yang anda lakukan. Anda perasan dia memerhatikan anda, tetapi dia tak mampu menghentikannya kerana dia sangat mencintai anda. Dia tidak pernah jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku pada diri anda. Janganlah asyik menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti “Awak ni, makin gemuk pulak abang tengok”.
4. SENTIASA ‘CALL’, ‘SMS’ ATAU ‘WHATSAPP’
Ads
Apabila dia pergi untuk urusan perniagaan, dia akan menghubungi anda setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Ada juga suami yang baru sahaja sampai pejabat, akan terus membuat laporan, menghantar WhatsApp pada isteri, “Ayang, abang dah sampai”. Sehinggkan ada teman sepejabat kata dia kena queen-control.
Hakikatnya, apabila seorang suami betul-betul bahagia dengan rumah tangga, dia akan merindui isterinya dan ingin selalu bersamanya. Dia sangat setia pada anda dan anda juga tahu kebenarannya.
5. MENJADI SEORANG YANG PENENANG
Dia akan memeluk erat apabila anda menangis. Apabila anda berasa kecewa dan sakit hati sehingga menyebabkan air mata anda mengalir, dia ada untuk anda. Dia akan cuba sedaya upaya memahami apa yang anda lalui walaupun kadang-kadang tidak sesempurna mana.
6. PERKONGSIAN DARI HATI KE HATI
Ini antara tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi cita-cita dan kesedihannya dengan anda. Senang cerita, selalu ada sesi pillow-talk.
Ads
Perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah baginya kerana dia perlu memberitahu anda supaya anda boleh menyokongnya dan membantu membina keyakinan dalam dirinya. Apabila dia terbuka untuk berkongsi dengan anda mengenai perancangannya untuk kerjaya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberikan sokongan. Dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya. Rasa cintanya pada anda sangat mendalam dan cukup untuk membuatkan anda memahami dan mendengar curahan hatinya.
7. SELALU SEBUT ‘I LOVE YOU’
Dia akan memberitahu yang dia mencintai anda. Dia akan mengulanginya setiap hari dan anda juga akan membalasnya.
Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada isteri yang akan mula merungut “Awak ni, tak cakap awak cintakan saya pun”; dan kemudiannya dibalas dengan “Eh, awak ni. Kan saya dah cakap masa kita kahwin awal-awal dulu. Tak cukup lagi ke?”. Itu bukanlah perangai seorang suami yang bahagia. Dia suka menyebut selalu kerana dia dapat merasai perasaan cinta tersebut dan dia tahu anda amat suka mendengar kata-kata tersebut.
8. TIDAK MARAH KALAU TAK ‘DAPAT’
Ada jenis suami yang apabila isteri period, dia hangin satu badan. Apabila isteri tidur dan apabila kejutkan tak bangun untuk ‘bersama’, pagi-pagi akan muncung muka.
Ads
Wahai suami, isteri bukan boleh menentukan bila periodnya akan datang. Kadang-kadang, isteri penat melakukan kerja rumah sampai tertidur. Bukannya tidak mahu melayan suami, cuma apabila penat sangat, apa pun tak sedar.
Bagaimana kalau pantang 100 hari? Boleh tahan?
9. TIDAK MALU PANGGIL AYANG ATAU SAYANG DEPAN ORANG RAMAI
Tanda suami bahagia ialah dia bersikap natural pada bila-bila masa. Ada suami yang control macho, tidak mahu tunjuk manja depan public. Ada yang panggil isteri dengan nama sahaja. Maka, suami yang panggil Ayang atau Sayang, atau apa-apa nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
10. TIDAK MALU PEGANG TANGAN ISTERI DEPAN ORANG RAMAI
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih lagi berpegangan tangan. Terus terdetik dalam hati, “Oh… sweetnyaaa….!”.
Ramai yang inginkan momen seperti itu. Ramai yang ingin kedut bersama-sama apabila menginjak usia tua.
11. SELALU AJAK SOLAT BERJEMAAH
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan ajak isteri solat bersama. Dia faham konsep jika solat berjemaah, dapat pahala 27 kali ganda. Oleh kerana sayangkan isteri, dia mahukan isteri mendapat pahala bersama-sama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meskipun anda menyayangi pasangan itu masih belum cukup untuk mengukuhkan hubungan kerana anda masih perlu untuk terus memupuk rasa cinta agar hubungan menjadi lebih mesra dan kukuh. Ini penting bagi menjamin hubungan yang harmoni dan berpanjangan.
Pelbagai cara boleh anda lakukan untuk membuatkan rasa cinta bertambah. Nilai-nilai murni yang disemai dalam hubungan cinta akan menjadikan hubungan antara pasangan lebih erat sekali gus membawa kebahagiaan yang berkekalan.
Jom kita lihat lima cara berkesan untuk ‘ikat’ rasa cinta antara pasangan!
1. SENTIASA BERKOMUNIKASI
Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kualiti hubungan adalah dengan komunikasi yang baik. Kini ramai orang yang kurang berkomunikasi dengan pasangan atas pelbagai alasan sehingga boleh menyebabkan hubungan terjejas.
Sebenarnya, komunikasi dengan pasangan sangat mudah. Anda hanya perlu memberikan perhatian kepada pasangan dan sentiasa berkomunikasi tidak kira sama ada pasangan berada dekat ataupun jauh daripada anda. Salah satu cara yang sangat mudah untuk dilakukan adalah sms ataupun membuat panggilan telefon.
2. SELESAIKAN MASALAH DENGAN TENANG
Masalah memang selalu datang dalam perhubungan. Oleh itu, anda harus tenang dan santai dalam menghadapi dan menangani masalah tersebut. Kadangkala, pasangan boleh membuatkan kesabaran anda berkurangan kerana terlalu sibuk dengan hal yang tidak penting seperti melakukan hobi yang digemari ataupun bertemu dengan rakan-rakannya hingga kadang-kadang mengabaikan anda. Akan tetapi jika anda melihat perkara ini dengan tenang, maka hubungan anda akan menjadi lebih kuat.
3. BERI PERHATIAN YANG LEBIH
Sesebuah hubungan yang dijalin tanpa perhatian yang secukupnya memang sukar untuk memupuk rasa cinta yang mendalam. Oleh itu, anda harus memberi perhatian yang lebih buat pasangan. Perlu diingatkan agar anda tidak terlalu berlebihan, khuatir pasangan menjadi rimas dan bosan. Dengan adanya perhatian daripada pasangan akan membuat seseorang merasa dirinya dihargai dan disayangi.
4. ELAK SIFAT MARAH YANG BERLEBIHAN
Anda pasti sedar jika marah dengan berlebihan akan mengganggu dan menjejaskan hubungan. Anda harus kawal rasa amarah supaya hubungan yang dijalin tidak terputus di tengah jalan. Jika anda sedang marah, sebaiknya berbincang dengan baik dan tanpa ada ungkapan yang boleh membuatkan hati pasangan terluka. Sekiranya anda rasa anda adalah orang yang suka berkata secara spontan, lebih baik anda menghantar mesej buat pasangan agar dia lebih mengerti.
5. JANGAN JEMU MEMUJI PASANGAN
Apakah anda pernah memberikan pujian kepada pasangan? Anda harus memahami bahawa pujian mampu menimbulkan lebih rasa sayang dan cinta. Selalulah memuji pasangan agar dia merasakan anda betul-betul menyayangi dirinya. Sebagai contoh, berikan pujian apabila pasangan anda memakai baju baharu ataupun membuat stail potongan rambut baharu. Cara ini dapat mengukuhkan rasa cinta dalam sesebuah hubungan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ada yang pertikaikan perempuan belajar tinggi tetapi pada akhirnya masuk dapur. Adil ke guna ayat ini untuk golongan wanita yang berkorban uruskan rumah tangga?
Namun inilah realiti yang diterima oleh wanita berpendidikan daripada segelintir mereka yang mempunyai pemikiran agak kebelakang.
Perempuan Belajar Tinggi, Dapat Banyak Ilmu
Bak kata Puan Rubi Hasman di hantarannya, belajar di universiti bukan semata-mata untuk mendapatkan kerja sahaja, tetapi belajar untuk mendapatkan ilmu kehidupan juga. Memiliki ijazah tetapi duduk di dapur, itulah wanita hebat dan mulia. Belajar tinggi ke menara gading, masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.
“Belajar tinggi tinggi last last duduk dapur juga…”
Saya pernah jumpa dengan orang yang bagi saya pemikiran dia agak kebelakang. Bila sembang dengan dia, macam-macam yang saya dan suami buat dia rasa tak betul.
Bila dia tahu saya tak bekerja dalam bidang yang saya belajar dulu, katanya, “baik hang tak payah belajaq. Buat habis duit ja. Last last dok rumah jugak jaga anak.”
Lahh..
Masa itu sebenarnya banyak yang saya nak explain tapi saya memilih untuk diam sebab malas nak lawan orang yang lebih banyak “makan garam” ini.
Belajar tinggi bukan sekadar untuk dapat kerja tapi mendapatkan ilmu kehidupan
Kaut Macam-macam Benda Baru
Bagi saya, belajar di universiti bukan semata mata untuk dapat kerja. Kita belajar untuk dapatkan ilmu kehidupan juga.
Bagi develop diri kita jadi orang yang bagaimana, membentuk peribadi diri dan pemikiran yang lebih positif. Paling best untuk kita gunakan mendidik diri dan generasi kita nanti.
Belajar tinggi tinggi juga bukan soal untuk dapat duit lebih banyak. Siapa yang lebih kaya dan berharta. Bukan.
Bagi saya, belajar di universiti bukan semata mata untuk dapat kerja. Kita belajar untuk dapatkan ilmu kehidupan juga.
Bagi develop diri kita jadi orang yang bagaimana, membentuk peribadi diri dan pemikiran yang lebih positif. Paling best untuk kita gunakan mendidik diri dan generasi kita nanti.
Belajar tinggi tinggi juga bukan soal untuk dapat duit lebih banyak. Siapa yang lebih kaya dan berharta. Bukan.
Orang berilmu ini hantar di mana mana pon boleh survive. Dicampak hujung dunia pon pemikiran dia tak sama dengan orang yang kurang ilmu.
Ada ijazah tapi duduk dapur, itulah wanita yang hebat dan mulia. Belajar tinggi tinggi masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.
Dah lama tak jumpa pakcik itu. Apalah respon dia kalau tahu sekarang saya jadi ejen hartanah.
Apa pun pilihan anda, jangan sesekali ketepikan pelajaran dalam hidup. Lagi banyak ilmu, lagi luas pemandangan dalam hidup.
Menjadi lelaki gentleman bukanlah satu perkara yang mudah yang disangkakan oleh semua para lelaki di luar sana, mengambil hati seorang wanita bukan mudah ye! Sweet talker belum tentu dapat mencairkan semua hati perempuan, manis bila berbicara belum tentu menunjukkan ciri lelaki itu mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang lelaki. Apa tanggungjwab seorang lelaki juga perlu ambil tahu. Lelaki haruslah menjadi seorang pemimpin di dalam rumah tangga yang mampu membimbing isteri ke jalan yang di redhai. Menjadi seorang yang matang dalam membuat keputusan tidak mengikut perasaan. mampu untuk menyara nafkah zahir dan batin serta bertanggungjawab terhadap seorang yang bergelar kaum hawa.
Ciri lelaki gentleman
Akan membawa barang untuk anda bila pergi membeli belah. Tapi bukan beg tangan anda ye!
Memberi laluan kepada anda dahulu sewaktu berjalan.
Menarik kerusi untuk beri anda tempat duduk.
Membuka pintu kereta, walaupun anda boleh buka pintu kereta sendiri.
Tidak akan memberi peluang untuk anda membayar sebarang pembelian atau cuba untuk belanja. Jatuh la saham lelaki uol….
Sentiasa tampil kemas dan bergaya setiap kali keluar bersama anda.
Tidak akan bercakap perkara yang kosong dan tidak boleh di terima akal. Pendek kata lawak bodoh!
Susah untuk mendengar mereka ketawa besar sambil tepuk-tepuk meja.
Mereka juga bukan jenis yang suka bermain whatapps dengan massage yang panjang.
Mereka juga tidak mudah melemparkan senyuman. Bukan sombong ye…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!