Bukti Cinta Suami Tak Surut, Inilah Tanda-Tanda Dia ‘Confirm’ Bahagia Dalam Rumah Tangga!

Share

Walaupun kadang-kadang ada pasang surutnya hubungan rumah tangga itu tapi percayalah suami kalau dia bahagia, dia akan menghargai anda lebih dari segala-galanya. Perkara yang jarang dia lakukan pun akan jadi perkara yang tak disangka oleh para isteri.

Namun begitu, si isteri jangan leka apabila tahu suami anda sedang bahagia. Hargai dan semaikan lagi hubungan itu agar kasih sayang tidak pudar. Jadikan dia keutamaan anda. Anda akan menjadi pasangan bahagia yang membuktikan pada dunia bahawa perkahwinan adalah kebahagiaan, tidak kiralah pada waktu senang mahupun susah.

Nak tahu suami bahagia atau tidak? Ini 11 tanda membuktikan yang suami anda confirm bahagia.

1. SELALU PELUK & CIUM

Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan menghadiahkan anda sebuah ciuman. Ciuman itu bukanlah hanya sentuhan di pipi tetapi lebih intim. Anda boleh menafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira pulang ke rumah bertemu semula dengan anda.

2. RINGAN TULANG

Dia membantu anda menguruskan hal dalam rumah dan mahu meringankan beban anda. Dia dengan sukarela mengemas dan menguruskan rumah supaya rumah anda selesa didiami. Bukan itu sahaja, dia turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Dia sedar bahawa tanggung jawab mendidik anak bukan terletak hanya di bahu isteri, tetapi juga di bahunya.

3. SELALU MEMUJI ISTERI

Dia suka memberi pujian pada anda. Dia memberi perhatian pada anda dan segala yang anda lakukan. Anda perasan dia memerhatikan anda, tetapi dia tak mampu menghentikannya kerana dia sangat mencintai anda. Dia tidak pernah jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku pada diri anda. Janganlah asyik menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti “Awak ni, makin gemuk pulak abang tengok”.

4. SENTIASA ‘CALL’, ‘SMS’ ATAU ‘WHATSAPP’

Apabila dia pergi untuk urusan perniagaan, dia akan menghubungi anda setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Ada juga suami yang baru sahaja sampai pejabat, akan terus membuat laporan, menghantar WhatsApp pada isteri, “Ayang, abang dah sampai”. Sehinggkan ada teman sepejabat kata dia kena queen-control.

Hakikatnya, apabila seorang suami betul-betul bahagia dengan rumah tangga, dia akan merindui isterinya dan ingin selalu bersamanya. Dia sangat setia pada anda dan anda juga tahu kebenarannya.

5. MENJADI SEORANG YANG PENENANG

Dia akan memeluk erat apabila anda menangis. Apabila anda berasa kecewa dan sakit hati sehingga menyebabkan air mata anda mengalir, dia ada untuk anda. Dia akan cuba sedaya upaya memahami apa yang anda lalui walaupun kadang-kadang tidak sesempurna mana.

6. PERKONGSIAN DARI HATI KE HATI

Ini antara tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi cita-cita dan kesedihannya dengan anda. Senang cerita, selalu ada sesi pillow-talk.

Perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah baginya kerana dia perlu memberitahu anda supaya anda boleh menyokongnya dan membantu membina keyakinan dalam dirinya. Apabila dia terbuka untuk berkongsi dengan anda mengenai perancangannya untuk kerjaya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberikan sokongan. Dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya. Rasa cintanya pada anda sangat mendalam dan cukup untuk membuatkan anda memahami dan mendengar curahan hatinya.

7. SELALU SEBUT ‘I LOVE YOU’

Dia akan memberitahu yang dia mencintai anda. Dia akan mengulanginya setiap hari dan anda juga akan membalasnya.

Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada isteri yang akan mula merungut “Awak ni, tak cakap awak cintakan saya pun”; dan kemudiannya dibalas dengan “Eh, awak ni. Kan saya dah cakap masa kita kahwin awal-awal dulu. Tak cukup lagi ke?”. Itu bukanlah perangai seorang suami yang bahagia. Dia suka menyebut selalu kerana dia dapat merasai perasaan cinta tersebut dan dia tahu anda amat suka mendengar kata-kata tersebut.

8. TIDAK MARAH KALAU TAK ‘DAPAT’

Ada jenis suami yang apabila isteri period, dia hangin satu badan. Apabila isteri tidur dan apabila kejutkan tak bangun untuk ‘bersama’, pagi-pagi akan muncung muka.

Wahai suami, isteri bukan boleh menentukan bila periodnya akan datang. Kadang-kadang, isteri penat melakukan kerja rumah sampai tertidur. Bukannya tidak mahu melayan suami, cuma apabila penat sangat, apa pun tak sedar.

Bagaimana kalau pantang 100 hari? Boleh tahan?

9. TIDAK MALU PANGGIL AYANG ATAU SAYANG DEPAN ORANG RAMAI

Tanda suami bahagia ialah dia bersikap natural pada bila-bila masa. Ada suami yang control macho, tidak mahu tunjuk manja depan public. Ada yang panggil isteri dengan nama sahaja. Maka, suami yang panggil Ayang atau Sayang, atau apa-apa nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.

10. TIDAK MALU PEGANG TANGAN ISTERI DEPAN ORANG RAMAI

Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih lagi berpegangan tangan. Terus terdetik dalam hati, “Oh… sweetnyaaa….!”.

Ramai yang inginkan momen seperti itu. Ramai yang ingin kedut bersama-sama apabila menginjak usia tua.

11. SELALU AJAK SOLAT BERJEMAAH

Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan ajak isteri solat bersama. Dia faham konsep jika solat berjemaah, dapat pahala 27 kali ganda. Oleh kerana sayangkan isteri, dia mahukan isteri mendapat pahala bersama-sama.

Published by
Bella