Buat bakal pengantin yang masih tercari-cari suasana privacy untuk berbulan madu, kunjungan ke Club Premier Suite di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur (BTHKL) pasti mengujakan. Mengunjungi Club Premier Room dan Suite yang terletak di tingkat 17 hingga 20 penataannya tampil dengan gaya eksklusif
Khas buat tetamu yang menginap di Club Premier Room & Suites di tingkat 14 hotel ini, dilengkapi Club Lounge. Suasana di dalam Club Lounge didominasi dengan dekorasi dalaman bergaya moden dan elegan. Penataannya sungguh memukau dan membuatkan tetamu rasa selesa dan ingin menghabiskan masa yang lama di sini. Ia juga sesuai menjadi lokasi untuk mengadakan perbincangan , mesyuarat atau sekadar menghabiskan masa santai memandangkan suasananya yang sungguh cosy. Bagi tetamu yang menginap di Club Premier Room & Suite ini, sarapan disediakan percuma untuk dua orang setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Selain itu turut disediakan complimentary evening cocktails with canapa platter dari jam 5.30 – 8.00 malam di tingkat 14 yang menjanjikan panorama bandar Kuala Lumpur yang indah.
Bilik penginapan
Sebaik melihat bilik yang serba mewah dan luas di Club Premier Room hati terasa lapang dan sungguh menenangkan. Sentuhan dekorasi bergaya moden kontemporari melatari ruang bilik. Pendek kata keluasan bilik ini membolehkan anda berlari di sekelilingnya tanpa sebarang masalah.
Serba serbi selesa, bilik air juga disediakan ruang bath tub dan shower yang berasingan. Nah inilah masanya untuk anda memanjakan diri di ruang serba privacy ini. Tilam bersaiz king yang empuk membuatkan tidur anda lena diulit mimpi. Memang tidur anda dan pasangan sungguh berkualiti tanpa gangguan.
Untuk keselesaan tetamu, bilik dilengkapi dengan sistem hiburan dan saluran TV kabel. Kemudahan membuat teh / kopi dan bar mini juga disediakan. Bilik ini juga menyediakan Handy Phone yang boleh anda bawa ke mana-mana sepanjang menginap di hotel ini. Anda boleh membuat panggilan tanpa had bukan sekadar dalam negara kamu juga boleh buat panggilan ke lima buah negara tanpa di kenakan sebarang cas.
Selain itu diskaun 20% diberikan untuk bil makanan dan minuman di mana-mana restoran dan cucian dobi dua helai pakaian juga secara percuma.
Hotel ini juga menawarkan akses langsung ke Berjaya Times Square Shopping Mall juga taman hiburan dalaman. Buat yang ingin berekreasi, kolam renang dan sauna turut disediakan. Sebuah pusat kecergasan dan dua gelanggang skuasy disediakan. WiFi percuma disediakan di seluruh hotel.
Pilihan restoran
Restoran Big Apple menyediakan masakan antarabangsa yang boleh dinikmati oleh tetamu sambil menyaksikan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah. Harga bagi bufet sarapan pagi adalah RM58 bagi dewasa manakala RM29 bagi kanak-kanak. Sementara Broadway Lounge menyajikan makanan ringan dan koktel.
Di Fourteenth Restaurant menawarkan pengalaman yang makan malam secara fine dining bersaksikan panorama ibukota. Terletak di tingkat 15 yang menyediakan pelbagai menu makanan yang unik dan minuman yang terbaik selari dengan cita rasa antarabangsa. Dibuka dari 6.30 – 10.30 malam, Isnin – Sabtu di mana boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa dan dua bilik khas yang boleh memuatkan antara 8 – 12 orang. Fine dining di sini menarik kerana makanan dimasak dengan segar. Restoran ini pernah memenangi anugerah The Best Fine-Dinning Restaurant.
Pakej Perkahwinan Majestic
Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur menawarkan pakej perkahwinan yang paling bermakna buat bakal pengantin di samping lokasi yang ideal, penginapan serta atur cara yang sempurna bagi meraikan hari istimewa anda. Perancang perkahwinan memastikan majlis perkahwinan impian anda sebagai suatu memori indah dan menjadi kenyataan.
Antara pakej istimewa yang disediakan di BTHKL :-
Harga pakej bermula dari : RM1,488.00nett untuk satu meja / 10 orang
Sesungguhnya Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang menarik buat pasangan yang ingin berbulan madu di tengah ibu kota.
Foto: Jazlan Nangar & Koleksi Berjaya Times Square Hotel