Bunga Tangan Penyeri Majlis Raikan Cinta

Share

Jika dilihat dalam adat perkahwinan bangsa lain, kebanyakan mereka percaya jika wanita bujang ‘menangkap’ bunga tangan yang dibaling oleh pengantin perempuan, itu bermakna mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.

Namun bagi kita masyarakat Melayu, bunga tangan yang digenggam oleh si ratu sehari hanyalah sekadar melengkapkan penampilan raja sehari untuk tampak sempurna.

Selain berfungsi sebagai elemen menambah keceriaan di majlis bahagia, gubahan bunga tangan turut menyuntik mood istimewa buat si mempelai agar tampak luar biasa serta mampu memukau pandangan tetamu yang memandang.

Panduan Dalam Memilih Bunga Tangan (bunga segar)
* Elakkan memilih bunga dengan haruman yang kuat. Ini akan mengganggu tumpuan anda ketika bersanding di pentas pelaminan bersama pasangan.

* Elakkan menggunakan warna bunga yang sama dengan warna tema majlis.

* Senaraikan jenis bunga yang anda inginkan. Jadi mudah untuk anda  membuat kiraan bajet.

* Kombinasi warna bunga yang lembut seperti krim, kuning susu, jingga cair, violet, dan putih mampu  menambah keanggunan.

Bunga Segar VS Bunga Artifisial

Bunga Segar
* Lebih menarik

* Harga bunga mahal

* Mempunyai aroma yang harum

* Tidak tahan lama

* Warna bunga bervariasi

Bunga Artifisial
* Kurang menarik

* Harga bunga murah

* Tiada beraroma

* Tahan lama

* Warna bunga terhad

Elemen Penambah Gaya Bunga Tangan
* Penggayaan kerongsang mampu menambah gaya elegan pada bunga tangan.

* Injeksi mutiara dan kristal pula mampu menyuntik elemen keserian.

* Jika inginkan sesuatu yang bersifat romantik dan penuh kelembutan, elemen bulu menambah nilai gaya pada bunga tangan.

 

Published by
Hasliza