Pastinya anda akan rasa buntu dan tidak tahu apa nak buat apabila kali pertama dating dengan si dia, apatah lagi pertemuan ini merupakan momentum awal dalam memulakan sesebuah perhubungan. Saat pertemuan ini tentu sahaja terselit banyak momen indah ataupun perkara yang mencuitkan hati.
Tidak dapat dinafikan pertemuan pertama merupakan titik tolak ke arah sebuah perhubungan yang lebih serius iaitu perkahwinan. Sebab itulah pertemuan pertama perlu berlangsung dalam suasana yang baik.
Berikut beberapa 5 cara bagi bakal meninggalkan impak ketika pertama kali anda bertemu dengan si dia.
Ini adalah bahagian yang paling asas dan penting sebelum memulakan percakapan dengan si dia. Pastikan anda fokus pada hal-hal yang menyenangkan. Dengan demikian, si dia tidak akan berasa canggung atau bosan saat bertemu dengan anda.
Berikan kesempatan atau pertanyaan yang membuatkan dirinya rasa terlibat dalam percakapan anda berdua. Anda boleh memancingnya dengan mengajukan pertanyaan sehingga dia rasa selesa dan komunikatif terhadap anda.
Humor adalah salah satu perkara yang boleh membuatkan dua insan yang pertama kali bertemu berasa selesa antara satu sama lain. Belajar untuk menjadi seorang yang bijak berbicara dengan menyelitkan sedikit unsur humor
dalam percakapan. Namun harus diingatkan, usah keterlaluan. Bimbang si dia akan berasa kurang selesa memandangkan kalian baharu pertama kali berjanji temu.Ada dua perkara penting tentang bahasa tubuh ketika lelaki berbicara dengan wanita. Ketika berbicara dengan wanita, pastikan posisi berdiri tegak atau duduk tegak. Di sisi lain, juga perlu mengawasi bahasa tubuh wanita yang sedang diajak bicara. Jika terlalu banyak pergerakan ini bermakna si dia sudah mulai bosan. Oleh itu segera fikirkan topilk yang lebih menarik untuk dibualkan. Selain itu, memek muka juga penting saat pertemuan pertama ini. Misalnya, jika anda tidak bersetuju dengan perbualannya jangan sesekali menunjukkan memek muka yang menjengkelkan ataupun yang kurang menyenangkan terhadap apa jua respons si dia.
Bahagian ini sangatlah penting dalam meninggalkan kesan yang sempurna saat pertama kali berkenalan dengan si dia. Jangan biarkan si dia menguap kerana anda conquer perbualan sorang diri erlalu lama tanpa memberi peluang untuknya pula bercakap. Untuk pertemuan pertama ini, cukuplah sekadar anda bualkan hal-hal ringkas tentang latar belakang diri masing-masing sebelum mendengar tentang latar belakang si dia pula.