Kalau dapat lelaki kaya dan berjaya, dari sudut seorang wanita, anda bertuah. Tetapi sebaliknya yang berlaku kalau anda seorang lelaki!
Nak-nak kalau anda jenis poket tebal. Risau ada yang ambil kesempatan. Maklumlah, tak mudah cari pasangan yang jujur dan setia nak jaga kita sampai hujung nyawa. Bagi memudahkan anda faham lebih jauh, jemput baca perkongsian daripada saudara Harith Faisal ini.
“Lagi ramai wanita suka kau, lagi tinggi risiko hidup kau.”
Baru-baru ni kawan saya randomly cakap ayat ni kat saya. Then, saya katalah yang benda ni tak ada relate dengan saya sebab saya ni pencinta isteri. Lepas tu dia tetap suruh saya berhati-hati juga sebab katanya ujian ni boleh datang tanpa kita jangka. Macam ni…
Kau kena hati-hati bila kejayaan, kehadiran, status kewangan, atau karisma kau mula menarik perhatian ramai wanita. Bukan semua wanita itu tak baik, tapi bila ramai sangat mula mendekati, kat sinilah risiko bermula.
Fikirkan. Lelaki yang dapat terlalu banyak perhatian senang sangat teralih fokus. Ramai orang hebat akhirnya jatuh sebab skandal atau hilang kawalan bila tak jaga batas. Bukan semua yang datang tu betul-betul ikhlas.
Hakikatnya, makin ramai wanita tertarik, makin kau jadi target. Ramai yang nampak kau sebagai “resource,” bukan sebagai insan biasa. Ramai yang jujur, namun mesti ada yang cuma kejar apa kau ada.
Itu fitrah. Bila kau berjaya, ramai mula cuba nak dekat. Mereka nampak kau sebagai “provider,” yang boleh bagi apa yang mereka nak. Jangan salah baca senyuman manis tu – ada yang tak kisah pun siapa kau sebenarnya. Fokus mereka kat apa yang kau boleh bagi. Bila dah tak mampu, mereka beralih pergi. Hati-hati.
Bila terlalu banyak perhatian dari wanita, senang sangat hilang fokus. Egolah yang selalunya makin naik, rasa macam dunia dalam genggaman. Tapi inilah risiko besar— gangguan musuh utama ultimate goal kau. Competitors kau takkannya tunggu kau masa kau sibuk melayan perhatian yang tak perlu.
Dunia ini penuh perangkap, bro. Lelaki berjaya selalu dihantui skandal dan fitnah, banyak kali bermula dari hubungan dengan wanita. Satu kesilapan kecil sudah cukup untuk reputasi jatuh. Jatuh itu bukan jatuh biasa-biasa, tapi jatuh terduduk.
Kejayaan ada harga, dan perhatian wanita adalah antara kos paling tinggi. Lagi ramai yang dekati, lagi banyak tenaga, masa, dan wang yang kau perlu labur. Sama ada masa, hadiah, atau tenaga. Fokus kau takkan ke situ.
Tak dinafikan, perhatian yang kau dapat daripada orang ramai itu bagus. Tapi inilah perangkapnya. Ego boleh jadi musuh paling besar. Bila kau mula rasa diri tak mungkin jatuh sebab ramai tertarik, saat tu kau sebenarnya dah kalah.
Ingat, bukan semua wanita nak manfaatkan kau. Ada yang ikhlas, betul-betul nak sokong kau, bukan sebab apa kau boleh beri. Tapi makin berjaya, makin susah nak cari yang betul-betul ikhlas berurusan dengan kau.
Jadi, apa patut kau buat? Fokus, bro. Jangan biarkan kejayaan yang kau bina runtuh hanya sebab kau leka. Jaga hati, jaga kewangan, dan tenaga kau.
Lebih kurang macam itulah pesanan dia. Jadi buat anda yang bergelar lelaki, bersedialah dan waspada dengan sebarang kemungkinan. Nak cari pasangan memang tak mudah, kena ambil masa untuk dapat yang istimewa yang tidak memandang pada duit semata-mata.