Sesetengah orang suka ada ruang dapur basah, maklumlah bahagian ini akan menjadi tempat bahagia seorang isteri ‘beraksi’ untuk penuhkan kehendak anak-anak dan pasangannya.
Jadi bila dapur kemas dan cantik, ini membuatkan mood untuk memasak semakin ‘tebal’.
Ditambah pula jika anak-anak dan suami jenis yang sentiasa menagih air tangan ibu atau isteri.
Cantik Dapur Basah Memey Suhaiza, Pandai Hias Ala Taman!
Bagi yang mengenali pelakon dan juga usahawan, Memey Suhaiza pasti sudah mengetahui, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat minat dan rajin berkongsi menu masakan.
Ada sahaja menu yang disediakan meraih perhatian ramai. Selain kelihatan sedap dan menyelerakan, pengusaha tudung Normey itu juga rajin menyediakan menu sihat.
Ads
Lebih-lebih buat suaminya, Norman Hakim yang juga pelakon yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat.
Terbaharu, beliau memuat naik sepotong video yang memaparkan ruang kediaman miliknya. Malah, beliau turut menunjukkan ruang dapur basah miliknya.
Ads
Dapur Konsep Ala Taman
Cukup ringkas namun sedap mata memandang. Berkonsepkan ala-ala tepi taman, ruang dapur yang terletak di luar kediaman kelihatan menarik dengan keindahan ala taman memang akan membuatkan mood memasak pun berkobar-kobar.
Ads
Sambil menyediakan hidangan buat keluarga, hati pun rasa tenang dan selesa, sambil memandang kehijauan pokok-pokok yang menjadi pilihan Memey.
Rata-rata warga maya memuji kerajinan dan kreativiti yang ada pada pemilik nama sebenar Suhaiza Suhaimi itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarlah jodoh itu tidak pernah mengenal usia. Sungguhpun perbezaan usia yang agak jauh, namun cinta sejati pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan
Siti Nur Nashrah akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Kelana b Shamsudin Alamudi, 61 dan Siti Nur Nashrah, 29 sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
Berbeza usia 32 tahun bukan penghalang pasangan ini mendirikan rumah tangga. Masyarakat kita sering memandang serong terhadap golongan wanita atau lelaki yang lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda daripada mereka.
Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia. Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya.
Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang besar bukan penghalang mengecap rumah tangga mendamaikan.
Seperti mana pasangan lain, hubungan dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup.
Namun itu bukan bermaksud hubungan itu tidak mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia.
BERMULA PANDANG-PANDANG DAN SENYUM-SENYUM
Berkongsi cerita tentang kisah pasangan Kelana b Shamsudin atau lebih selesa disapa Kelana dan pasangannya Siti Nur Nashrah atau mesra disapa Nashrah, sememangnya pasangan ini sudah ditakdirkan untuk hidup bersama.
“Kami bertemu dalam satu program. Mula-mula hanya sekadar pandang-pandang dan senyum-senyum sahaja. Beberapa bulan kemudian kami bertemu lagi dalam satu program yang lain. Kebetulan kerusi kosong hanya ada di sebelah Nashrah maka saya duduk di sebelahnya,” ujar Kelana.
Selepas saling bertukar nombor telefon hubungan itu akhirnya menjadi serius. Pasangan ini mengambil kata putus untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun menjalinkan hubungan.
“Dalam satu program yang lain, saya bertemu dengan ibu Nashrah. Saya berterus-terang dengan ibu Nashrah untuk mengambil Nashrah sebagai isteri. Reaksi ibu Nashrah ketika itu tenang sahaja. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” jelas Kelana.
TIADA MASALAH DENGAN ANAK TIRI DAN BEKAS ISTERI SUAMI
Ditanya bagaimana Nashrah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya, ini jawapannya.
“Anak-anak tiri saya kebanyakannya semua sudah dewasa. Ada yang sudah berumah tangga dan memiliki anak. Cara saya mudah sahaja, tidak perlu masuk campur tentang hal ehwal anak-anak tiri dan juga bekas isteri suami.
“Jika ada sebarang masalah antara suami dan anak-anak dan ibu mereka, saya mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur.
“Setakat ini saya tiada masalah dengan anak-anak tiri sementelah pula kami saya dan suami tinggal berasingan dengan anak-anak tiri,” ujar Nashrah.
Mengulas tentang jodoh, pertemuan, ajal, maut, ujar Kelana, jika hendak mencari pasangan hidup, carilah orang yang menyayangi kita.
“Carilah orang menghormati kita, terima buruk dan baik kita, dan yang tidak banyak meminta. Pada saya inilah perkara yang lebih penting.
“Ikutlah rasa hati. Jika kita rasa pasangan itu boleh terima, barulah kita lanjutkan hubungan itu ke arah yang lebih serius. Bagaimanapun jika kita hanya bertepuk sebelah tangan, eloklah tamatkan sahaja hubungan itu. Jika diteruskan juga, ia akan menyusahkan kita dikemudian hari.
“Paling penting, jangan berkahwin kerana duit, kecantikan dan kekacakan seseorang itu. Berkahwinlah ikut kata hati. Berkahwinlah kerana kita suka, bahagia, maka teruskanlah,” jelas Kelana.
Tambah Kelana lagi, jika selepas berkahwin ada berlaku pergaduhan, selesaikan secara damai. Ingat pada anak-anak.
“Tidak perlulah kita berperang. Ada sesetengah kes pasangan yang berpisah walau dah lama tapi masih juga belum dapat ‘move on.’ Masih lagi berdengki. Keadaan itu tidak bagus.
“Jika hendak berkahwin, mesti ada persefahaman, boleh terima buruk dan baik dan perlu ada ‘give and take,’ akhiri Kelana.
Berikut video temubual penuh Pesona Pengantin bersama pasangan suami isteri, Kelana b Shamsudin Alamudi dan Siti Nur Nashrah.
Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan penyanyi Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin bertempat di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya. Dekorasi pelamin yang dihasilkan team Mila Jirin sungguh menakjubkan! Mainan lampu dan hiasan bunga-bungaan nampak mewah.
Kolaborasi di antara kedua-dua bekas peserta Akademi Fantasia ini menjadi. Sebagai pemilik Bizmilla, tentunya Mila mahukan yang terbaik buat pelanggan merangkap teman seperjuangan.
Saat melafazkan akad nikah, pasangan merpati sejoli ini menggayakan busana berwarna putih. Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongce disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah.
Hanya selepas dua bulan menyulam cinta, pasangan ini memilih untuk hidup bersama. Malam semalam juga Shahir melancarkan single terbaharu berjudul ‘Halal’, yang diciptakan khas buat isteri tersayang.
Sudah lali, penyanyi Dayang Nurfaizah memberitahu dia tidak terasa hati walaupun kerap diajukan soalan mengenai jodoh.
Dayang Nurfaizah Sudah Lali Soal Jodoh
Seperti orang lain, Dayang Nurfaizah Awang Dowty juga mempunyai keinginan untuk menamatkan zaman bujang namun rezeki itu masih belum berpihak kepadanya.
Justeru itu, dia memohon agar peminat mendoakan semoga cepat dipertemukan jodoh. Dalam temu bual bersama mStar baru-baru ini, Dayang meluahkan isi hatinya tentang isu ini,
“Saya daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama.
“Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting… Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni.
“Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya lagi.
Terima Takdir Hidup
Jodoh adalah sebahagian dari takdir iaitu ketentuan ALLAH yang sudah ditetapkan saat manusia masih berada di dalam rahim. Sama seperti rezeki dan kematian.
Jodoh merupakan sesuatu yang ghaib atau kata lain tidak ada satu pun manusia yang tahu siapa jodohnya kelak dan bila waktu akan tiba. Kita perlu sangka baik kepada ALLAH walaupun kita belum nampak kebaikan disebalik takdirnya.
Bukan saja orang cepat dapat jodoh itu rezeki. Lambat dapat jodoh juga rezeki. Rezeki hidup lebih dengan ibu bapa. Rezeki lebih bersama keluarga. Rezeki kita tak sama. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Itu salah.
Tapi, kalau kita bandingkan diri kita yang dahulu dengan yang sekarang itu betul. Sebab itu lorong hidup kita masing-masing. Kita tahu tahap kemampuan kita. Kebahagian kita.
Lorong Rezeki Tak Sama
Kalau tengok rezeki Dayang sekarang, dia cukup berjaya dalam kerjayanya. Mungkin Allah lorongkan rezekinya dari sudut itu dulu. Jadi raikan apa yang tiba dulu. Sampai masa nanti, dapatlah jodohnya.
Belajarlah menerima dan menghormati ‘hak’ orang lain, jika jodohnya lambat pun, itu bukan kuasanya. Doa yang baik-baik untuk kebahagiaan hati semua pihak. Begitulah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!