
Sungguh meriah ketiga-tiga majlis perkahwinan antara pelakon Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Astar bulan lalu.

Mengambil inisiatif untuk merahsiakan majlis risik dan pertunangan, pengacara program Nona tersebut baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto hantaran yang diberi kepada suaminya. Siapa sangka hantaran yang diberi itu sebenarnya adalah hasil sentuhan daripada neneknya sendiri dipanggil Opah yang berusia 81 tahun pada 2020.
Menariknya tentang hantaran tersebut, kesemuanya adalah manisan dan dibuat penuh ikhlas daripada Opahnya yang bernama Yun Abdul Rahman. Menerusi Instagram Story Mira juga, beliau turut berkongsi cerita di mana Opah sebenarnya sudah bersara daripada bidang berkenaan, namun masih berusaha untuk membuat kek untuk cucunya pada hari perkahwinan Mira dan Wan Emir.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Basi Jangan Dibuang, Kita Jadikan Keju

Pastinya ramai yang pernah alami kejadian susu kotak yang dibeli basi dan berbau masam. Sudahnya, kita hanya buang ke dalam tong sampah.
Namum ada penyelesaiannya, susu masam boleh dijadikan keju. Hanya tambahkan cuka dan garam.
“Alhamdulillah…atas nasihat ahli2 dlm group ni sy dah buat cheese…susu kotak full cream yg basi tadi…trimakasih sy ucapkan bebanyak pd Ahli2 yg sudi berkongsi ilmu dan nasehat pd sy…mmg sedap sgguh kejadiannya… ada hikmah disebalik yg jadikan…klu tak sbb susu basi smpi kesudah sy takleh beza antara full cream dan fresh milk…
“Sy sertakan sekali resepi buat cheese disbbkan byk ahli yg blm mengetahui cara2nya….klu tersilap mohon diperbetulkan pd sifu2 yg dah biasa buat
Cara :
1.Rebus susu yang sudah basi.

2.Bila dah naik, letakkan dua sudu makan cuka dan garam.

3.Selepas itu apabila mendidih, angkat dan tapis guna kain napkin bayi yang bersih.

4.Tunggu sehingga sejuk baru diperah dan kemudian mampatkan balik guna loyang cake.
Sumber : Rini Haryanie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahan Sikit, Tapi Hasil Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap Ini Buat Suami Terangkat

Bila lama duduk di rumah, kita jadi tak tahu nak masak apa, tapi perlu ingat, musim PKP ini jangan sampai berlaku pembaziran, pastikan guna sebaik mungkin barang dapur agar tidak terputus bekalan nanti. Ini antara resepi mudah dan tidak perlukan bahan yang melampau banyak pun, terima kasih puan Maznah Sumaila atas perkongsian menu ini.
.
Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap
.
– Bawang Putih 2 bijik size paling besar dalam labu dia.
– Bawang Holand sebijik. Memang banyak guna bawang holand supaya sedap manis.
– Cili Merah yang besar tu
– Sos cili, sos tomato, sos tiram semua ikut suka nanti nak letak banyak mana.
.
Daging dalam 500gram atau ikut banyak mana kita nak makan. Rebus dia besar macam tu dan masa rebus letak pewarna makanan (merah).
Semasa rebus daging aku pecahkan halia dalam 2 inci untuk hilangkan bau dia nanti. Bijak kan?!
.
Lepas tu, daging dah masak kita potong dia seperti di atas. Cantikkan aku potong. Teruja tau mak mertua ampa bila menantu pandai potong daging. Hahaaaa
.
Kemudian, kita goreng daging tadi. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaja. X payah lama sangat nanti keras aku tak tanggung jawab. Hahahaaa
.
Guna minyak yang sama (jimat kan) masukkan bawang putih dan bawang holand. Tumis sampai naik bau. Lepas tu letak 1 sudu kecik cili boh.
Nak pedas, letak la banyak sikit. Tiada masalah. Aku perasan jari aku dah start gemuk lah! Adoiiiiii
.
Haaaa ni kita tumis cili boh tadi, lepas tu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram ye kengkawan.
Banyak mana nak letak? Ikut laaaa, rasa nak ada kuah lebih, letak lebih skit sos2 tadi.
Yang ni aku hampir lupa. Sebab optional sahaja. Cehhhh bahasa omputih dohhhh… Hahaha
Kalau ada sos ikan, boleh letak sikit dalam 1 sudu kecik sahaja. Kalau tiada sos ikan, tidak usah gusar dan bimbang. Tidak berdosa ye.
.
Then, masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letak air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika.
Masa ni la ko letak serbuk perasa, gula dan garam ye. Garam jangan banyak. Sebab sos tiram dan sos ikan sudah masin tu.
Dah rasa nak kering, masukkan cili besar ye. Aku hampir lupa cili ni tadi. Hahahahaa..
SUMBER : FACEBOOK Maznah Sumaila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lebih Lama. Mudah Bila Nak Masak Nanti!

Isi Kandungan
ToggleAda di antara kita yang sudah mula bekerja di pejabat sejak Isnin lalu. Jadi, tentunya anda tidak punya banyak masa untuk memasak hidangan berbuka nanti. Masa yang ada pun agak terhad. Jadi, masaklah sepantas yang boleh.
Selalunya, masa untuk memasak lebih banyak digunakan untuk menyediakan bahan-bahan. Waktu itulah nak kisar cili, waktu itu jugalah nak kisar bawang merah.
Jadi, apa kata mudahkan kerja anda dengan menyediakan cili dan bawang kisar. Cuma anda perlu tahu cara penyimpanan yang betul supaya tidak mudah rosak. Ayuh kita baca tip yang dikongsi oleh Ani Zam ini.
*****
Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama.
Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer..stok utk seminggu..
Dah nak masuk bulan puasa ni , senang buat stok macam ni…
Cara-cara membuat cili kisar
- Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
- Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili
- Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih
- Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
- Bila telah mendidih, tutup api
- Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
- Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender
- 100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih (8 @ 9 ulas)
- Blender menggunakan air tapis
- Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais..
- Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
Cara-cara membuat bawang merah kisar
- 6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
- Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
- Blender bawang bersama minyak masak
- Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
- Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender
- Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
- Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
- Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Cara-cara membuat bawang putih kisar
- 5 labu bawang putih
- Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
- Blender bawang bersama minyak masak
- Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
- Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender
- Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
- Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
- Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Sumber: Ani Zam via grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI