Setelah empat tahun menyulam cinta, akhirnya hari ini pasangan ideal ini disatukan dalam majlis penuh privasi di resort mewah The Chateau yang terletak di negeri Pahang. Dalam gambar yang dimuatnaik oleh beberapa tetamu majlis, kelihatan lokasi pernikahan tersebut dihias segar dan indah dengan peletakan bunga ros rona merah jambu dan putih memenuhi ruang.

Cantiknya Majlis Pernikahan SM Faliq & Chryseis Tan.  Sama Cantik & Sama Padan Bagai Pinang Dibelah Dua
Kredit Foto: Instagram @p_apinara

Umum mengetahui yang SM Faliq telah melamar Chryseis di Hotel Royal Mansour pada 30 Jun 2017 ketika mereka sedang sama-sama bercuti di Marrakech, Morocco. Pasangan yang digelar ‘the power couple’ dalam golongan elit ini telah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi namun hanya rasmi bercinta pada tahun 2014.

IKLAN
Cantiknya Majlis Pernikahan SM Faliq & Chryseis Tan.  Sama Cantik & Sama Padan Bagai Pinang Dibelah Dua
Bagai di dalam taman bunga. Kredit Foto: Instagram @bekati

SM Faliq merupakan anak keempat dalam keluarga Naza manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik masing-masing memegang jawatan besar dalam empayar perniagaan keluarga. Chryseis kini menjadi Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Bhd. dan pelabur dalam beberapa jenama termasuk Greyhound Cafe dan La Juiceria manakala Faliq pula ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.

IKLAN
IKLAN
Cantiknya Majlis Pernikahan SM Faliq & Chryseis Tan.  Sama Cantik & Sama Padan Bagai Pinang Dibelah Dua
Chryseis Tan anggun menggayakan busana kebaya moden berleher ala cheongsam dengan potongan lengan dramatik. Kredit Foto: Instagram @remyngan
Cantiknya Majlis Pernikahan SM Faliq & Chryseis Tan.  Sama Cantik & Sama Padan Bagai Pinang Dibelah Dua
Kredit Foto: IImshady

Pesona Pengantin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI