Cara Buat Chocolate Eclairs Dengan Hanya Guna 4 Bahan Ini, Tak Perlu Bakar Pun. Memang Sedap!

Share

Salah satu biskut yang menjadi kegemaran orang ramai ketika Hari Raya adalah chocolate eclairs. Rasa coklatnya memang cukup enak. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan pencinta coklat.

Menariknya, resipi ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja dan cukup mudah untuk disediakan. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Norasikin Md Noor menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN).

*****

Chocolate Eclairs

Bahan-bahan:

  • Biskut marie/apa-apa biskut
  • Kacang tanah
  • Susu pekat
  • Coklat masakan
  • Paper cup

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut.
  2. Kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Hancurkan dan kisar kering sahaja.
  3. Masukkan susu pekat.
  4. Campur semua sampai boleh bulatkan doh.
  5. Celupkan ke dalam coklat masakan yang dah dicairkan. Masukkan ke dalam paper cup.
  6. Simpan dalam peti ais sehingga coklat keras.
  7. Siap!

Korang agak-agak je nak banyak mana. Nak sedap, kacang lebih.

Sumber: Norasikin Md Noor via grup Masak Apa Hari Ni…(MAHN)

Published by
Naqiyatul Uzma