Gaji baru sahaja masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan. Kalau yang sabar, boleh lah hadap me segera sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya. Sebelum jatuh terduduk, baik anda yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin untuk cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat. Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif? Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Ads
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Ads
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
.
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Ads
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Kredit Hilmi Jailani.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebiasaanya wanita tidak suka berbadan berisi atau gempal, ini kerana bagi mereka memiliki bentuk badan yang kurus adalah idaman setiap wanita. Adakah anda tahu bahawa 70% lelaki sangat suka dengan wanita yang lebih berisi!
Bagi mereka, memiliki pasangan yang terlalu kurus sangat membosankan dan nampak tidak menarik. Wanita berbadan berisi lebih sedap mata memandang dan jika sudah menjadi pasangan halal, wanita sebegini memang seronok jika dipeluk!
Satu kajian telah dilakukan dan mengatakan bahawa bentuk badan wanita yang paling sempurna menurut kajian adalah yang memilki ketinggian 168 cm, size dada 99 cm, pinggang 63 cm dan pinggul 91 cm.
Menurut kajian dari University of Texas, para saintis mengatakan, wanita bertubuh sempurna juga dikatakan lebih subur. Badan sebegini tidaklah terlalu gemuk tetapi berisi. Jangan salah anggap pula ya, berisi bukan bermaksud gemuk yang keterlaluan, tetapi badan berisi yang tidak terlalu kurus dan nampak lebih ‘sihat’.
Sekian petikan dari sinar.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cerita tentang kemampuan wanita, pelakon wanita, Diana Danielle mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Baginya,
“Wanita pandai dapat membentuk generasi muda yang bijak.”
Itu pandangan yang dilontarkan pelakon mengenai pandangan skeptikal golongan wanita hanya membuang masa melanjutkan pelajaran kerana akhirnya akan menghabiskan usia mereka di dapur sahaja.
Kemampuan Wanita Luar Biasa
Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, turut menyenaraikan tanggung jawab wanita yang dapat melakukan apa sahaja dalam rumah tangga lebih dari sekadar kerja dapur.
“Wanita boleh menguruskan rumah tangga dengan cekap dan menyelesaikan masalah yang golongan lelaki, mungkin tidak ada masa atau sukar untuk memahami.
“Dia juga mampu memberikan penyelesaian kepada masalah dan menyokong kehidupan anda yang tidak begitu baik sebelum ini.
“Wanita juga boleh menyumbang kepada keluarga dan masyarakat serta memberi impak yang lebih daripada sekadar melakukan kerja-kerja di dapur,” katanya dalam aplikasi Thread.
Bukan Hanya Duduk di Dapur
Sebelum ini, seorang pengguna Thread memuat naik kenyataan tentang: ‘Perempuan bazir belajar tinggi-tinggi, akhirnya duduk dapur juga’.
Kurang bersetuju dengan tulisan itu, Diana menulis pandangannya tersendiri mengenai wanita. Ini bukan kali pertama ibu kepada dua orang anak itu lantang memberikan pendapat dalam media sosial.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa perkahwinan adalah separuh dari agama. Sahihkah hadis tersebut, dan apakah maksud “separuh dari agama”?
Setiap muslim perlu memiliki disiplin apabila menerima ilmu agama, yakni dengan memastikan dalil-dalil yang diterima memiliki rujukannya, lagi sahih darjatnya. Jangan sekadar menerima sesuatu ayat al-Qur’an melainkan diketahui nama surah dan nombor ayat, supaya kelak boleh merujuk kembali kepada ayat tersebut. Jangan sekadar menerima sesuatu hadis Rasulullah melainkan diketahui siapakah imam hadis yang meriwayatkannya dan apakah darjat hadis tersebut.
Merujuk kepada hadis perkahwinan ialah separuh agama, maka lafaznya adalah seperti berikut.
Rasulullah bersabda:Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.
Maksud menyempurnakan separuh agamanya ialah bagi menerangkan keutamaan tuntutan perkahwinan dalam Islam. Sebegitu utama sehingga ia dapat menyempurnakan separuh dari agama seseorang.
Selain itu, ia juga bermaksud perkahwinan ialah jalan untuk masing-masing pasangan berkhidmat dan berbuat baik kepada satu sama lain sehingga ia menjadi ibadah yang menjana banyak pahala. Apabila suami keluar bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga, maka ia adalah ibadah baginya.
Apabila isteri sibuk mengurusi suami, anak-anak dan rumah, ia menjadi ibadah baginya. Apabila suami memberi didikan agama kepada keluarga, ia menjadi ibadah baginya. Apabila isteri menasihati suami dalam urusan agama, ia menjadi ibadah baginya.
Oleh itu kehidupan di alam perkahwinan sangat banyak membuka jalan bagi suami dan isteri beribadah sehingga ia seolah-olah menyempurnakan separuh dari agama mereka.
Dalam hadis ini juga terdapat petunjuk bahawa perkahwinan bukan sekadar suka-suka sehingga ia dilakukan tanpa ilmu, pengorbanan dan niat yang betul.
Seandainya perkahwinan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga masing-masing suami dan isteri mengabaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing, ia tidak lagi menjadi separuh dari agama. Bahkan Perkahwinan Adalah Separuh Dari Agama ia menjadi separuh dari sebab yang mendekatkan mereka ke arah neraka.
Oleh: Kapten Hafiz Bin Abdullah dalam bab munakahat Majalah Pesona Pengantin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!