Cara Hamil Semula Dengan Selamat Selepas Alami Keguguran

Share

Hamil semula selepas keguguran perlukan masa. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ini semua bergantung kepada tubuh badan si ibu dan si ayah itu sendiri. Sebagai suami, jangan sesekali salahkan isteri sebaliknya sama-sama berusaha untuk tingkatkan kesihatan tubuh masing-masing.

Petua Hamil Selepas Gugur Untuk Pasangan Yang Berkahwin

Terdapat beberapa petua yang perlu di amalkan oleh wanita yang baru sahaja keguguran. Antara petua cepat mengandung selepas keguguran yang boleh dipraktikkan adalah :


.

1) Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Setiap manusia akan di duga dengan pelbagai dugaan termasuklah stress. Namun, terlalu stress boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan. Justeru itu, anda boleh mengurangkan stress dengan melakukan aktivit ringan di rumah seperti :

  • Membaca Al-quran bagi mendekatkan diri dengan Allah
  • Bersenam
  • Memasak bagi menghilangkan stress
  • Memanjakan diri ke spa atau salon untuk berehat dan tinggalkan seketika masalah yang bermain di minda
  • Meluangkan masa dengan kawan dan keluarga bagi melupakan sebentar masalah yang membelengu diri

 

2) Amalkan Pengambilan Vitamin Khas Untuk Wanita Mengandung

Vitamin selepas keguguran adalah salah satu kaedah yang bagus untuk diamalkan. Ini sebagai persediaan awal pada tubuh badan bakal si ibu. Vitamin-vitamin ini juga selalunya ada dibekalkan oleh pihak hospital juga. Antara vitamin yang elok untuk diamalkan itu adalah :

  • Asid folik

Disarankan pengambilan asid folik bagi ibu yang hendak mengandung adalah 400mcg sehari dan yang sudah mengandung sebanyak 600mcg sehari (sumber rujukkan: RNI Malaysia 2017).

 

  • Iron

Iron amat penting dalan pembentukkan sel darah merah. Selain itu, ianya juga penting dalam perbentukkan janin. Justeru itu, iron yang kurang di dalam tubuh badan ibu yang memgandung boleh menjadi salah satu penyebab kelahiran bayi yang kurang berat badan (<2500g). Pada masa yang sama, wanita yang baru sahaja lepas keguguran memerlukan iron yang memcukupi di dalam tubuh badan agar tiada berlakunya anemia pada kandungan mereka yang akan datang.

 

  • Kalsium

Ibu yang sedang hamil memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Jadi pengambilan kalsium untuk ibu yang memgandung mengikut RNI Malaysia adalah 1000mg sehari manakala bagi wanita yang mengandung ketika remaja (13-19tahun) pula perlu mengambil kalsium sebanyak 1300mg sehari. Hal ini disebabkan kalsium amat penting dalam pertumbuhan tulang ibu dan bayi.

Bukan ibu mengandung sahaja yang perlu mengambil kalsium mencukupi dalam seharian malahan wanita yang tidak mengandung juga perlu mengambil kalsium yang mencukupi dalam sehari. Hal ini disebabkan kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang.

 

3) Sentiasa Menjalani Ujian Ovulation Bagi Memastikan Waktu Subur Selepas Keguguran

Bagi wanita yang keguguran, mereka dinasihati untuk melakukan hubungan intim dengan kerap pada waktu subur. Disarankan menjalani hubungan intim seminggu sebanyak 2 ke 3 kali semasa tarikh yang hampir dengan waktu ovulation. Ianya akan meningkatkan peluang untuk hamil.

Tetapi, elakkan melakukan hubungan intim setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas hubungan intim. Lakukan hubungan intim selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma

4) Jalani Pemeriksaan Doktor

Ianya bagi memastikan anda bebas dari sebarang masalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid yang kerap manjadi penyebab sukar hamil. Sekiranya penyakit ini dikesan awal, insyaAllah rawatan dapat membantu anda untuk hamil.

 

5) Jangan Berhenti Berdoa

Zuriat adalah salah satu dari rezeki dan yang memberi rezeki ini tidak lain dan tidak bukan adalah Allah SWT, maka berdoalah pada Nya agar dipermudahkan segala urusan. Agar dimurahkan rezeki untuk menimang zuriat dan agar dipermudahkan juga segala urusan. Jangan berhenti berdoa dan teruskan memohon kepada Nya selalu.

 

Jangan putus asa untuk terus berusaha. Ada yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan zuriat dan ada yang Allah kurniakan rezeki cahaya mata dengan mudah. Walau apa pun keadaannya, usaha itu perlu berpanjangan. Doa paling penting!

Published by
webadmin