SUMBER: Internet

Perkara sebegini selalunya akan berlaku pada pasangan pengantin yang baru mendirikan rumahtangga. Setiap kali berkasih-kasihan kebiasaannya akan muncul bekas berwarna merah pada kulit yang disebabkan oleh gigitan dan ciuman seseorang. Selalunya kesan ‘Lovebite’ ini akan kerap berlaku di bahagian leher.

Tanda lovebite ini sebenarnya sangat menganggu lebih-lebih lagi berada di bahagian leher yang sulit untuk disembunyikan. Bahkan jika ada rakan yang melihat, ia mungkin akan menjadi bahan usikan dan gurauan pada semua. ‘Semalam kena gigit drakula ke? Apa yang akan anda jawab jika di soal sebegini? sudah pasti anda akan tersipu-sipu malu dengan memberi alasan terkena alahan dan gatal dan banyak lagi.

Tidak semua pendapat orang sama terhadap bekas lovebite ini. Jika anda sedang memohon pekerjaan, tetapi jika ada yang melihat bekas itu, sudah pasti pandangan serong dan negatif bagi penilaian syarikat. Selalunya bekas ciuman ini akan mengambil masa yang lama untuk hilang.

Usah risau lagi, berikut merupakan 5 tips mudah menghilangkan Lovebite di leher dengan cepat.

1. Tekapkan dengan bekas sejuk
Bagi menghilangkan bekaslovebite di leher dengan mudah adalah dengan menggunakan kiub ais. Anda harus tekapkan ataupun menekan dan mengurut secara perlahan. Jika tidak ada ais, anda boleh saja menggunakan sudu yang telah disejukkan terlebih dahulu dan tekapkan ke tempat bekas merah itu.

2. Tekapkan dengan bekas hangat
Jika anda dapati dalam masa 2 hari bekas tersebut masih juga belum hilang, anda boleh menggunakan langkah yang seterusnya. Letakkan bekas yang suam hangat ke bahagian leher dan lakukan urutan secara perlahan. Pada masa yang sama, kaedah ini juga mampu melancarkan aliran darah yang terkumpul mula pudar tanpa meninggalkan sebarang bekas.

3. Vitamin E
Anda juga boleh sapukan vitamin E di kawasan yang terkenalovebite dan urutkan dengan perlahan. Cara ini boleh membantu menghilang serta memudarkan warna merah di leher.

4. Teknik solekan
Jika masih juga tidak hilang, terpaksalah anda menggunakan teknik solekan bagi menyembunyikannya. Anda boleh gunakan solekan dan warna yang menyamai warna kulit anda.

5. Pakai baju kemeja
Cara terakhir bagi menyembunyikan bekas ciuman nakal itu, anda boleh memakai pakaian yang berkolar dan biarkan kolarnya terbuka. Sebaiknya gunakan pakaian yang boleh menyembunyikan kesan nakal itu supaya tidak diketahui orang ramai.
Jika anda tidak mahu berada di dalam kesusahan dan tersekat untuk melakukan sesuatu yang normal, janganlah membuat ciuman nakal sebelum mempunyai hubungan yang sah. Jangan sampai perbuatan tersebut boleh memalukan anda dan orang lain menganggap anda seorang yang murah dan tidak bermaruah. Jika digelar sebegitu, sudah pasti anda anda akan rasa marah. Oleh itu cuba elakkan perkara yang boleh memburukkan nama anda dan keluarga. Jika mahu, berkahwinlah cepat-cepat. Ha..ha..ha..

Sekian petikan dari CiriCara.com via Bukanaku.com.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI