Beberapa kajian telah membuktikan bahawa wanita yang berusia lebih penyayang, mengambil berat tentang pasangan, pandai mengambil hati serta daya pemikiran mereka lebih matang.

Selain itu wanita yang berusia juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik, berdasarkan pengalaman hidup yang lebih banyak daripada suaminya.

Berikut adalah tip mengekalkan kemesraan dan kasih sayang isteri yang lebih usia dariada suami. Diharapkan ia dapat membantu mereka yang mempunyai suami jauh lebih muda, selain rasa bimbang rumah tangga anda berdua tidak kekal lama.

1. Apabila sudah dijodohkan dengan lelaki yang lebih muda, terimalah dengan reda hati dan anggap itu jodoh yang telah Allah tentukan.

Ads

2. Umur bukan faktor kebahagiaan rumah tangga. Sentiasa berdoa agar rumah tangga kekal dan hormat suami walaupun usia suami jauh lebih muda. Sikap saling hormat menghormati akan membuatkan rumah tangga lebih bahagia.

3. Ingatlah jika lelaki sudah memilih wanita yang lebih tua daripadanya ini bermakna lelaki itu sangat mencintai wanita berkenaan kerana dalam ramai gadis-gadis muda, dia memutuskan untuk memilih wanita yang lebih tua. Pasti ada keistimewaan wanita berkenaan! Jadi jika sudah dijodohkan dengan lelaki muda, hargailah pengorbanan lelaki muda berkenaan dan terima dia dengan hati yang terbuka.

Ads

4. Wanita yang berkahwin dengan lelaki muda, mestilah menjaga penampilan diri dengan baik.

5. Lelaki ada ego sendiri, walaupun mereka itu lebih muda, mereka mahu membimbing isteri dan menjadi ketua rumah tangga yang baik. Isteri mestilah sentiasa menghormati suami sebagai ketua keluarga dan sentiasa memberi semangat serta setia pada suami. Dengan cara ini rumah tangga dapat dilayari dengan keadaan yang aman dan bahagia.

Ads

6. Lelaki sangat suka isteri yang penyayang, biasanya wanita yang berusia lebih bijak mengawal emosi mereka, matang dan sentiasa memanjakan suami. Lelaki lazimnya suka isteri yang bersifat keibuan yang boleh memenuhi kemanjaan tersembunyi dalam diri mereka.

7. Mendapat suami yang muda memang banyak cabarannya. Sebagai isteri mereka perlu sentiasa bersabar dan sentiasa menasihatkan suami dengan cara yang paling baik dan lemah lembut. Melalui pengalaman hidup Isteri yang lebih tua pada suami dapat meleraikan konflik dengan baik kerana mereka telah terlebih dahulu lalui kehidupan ini.

8. Wanita yang bersuami muda mesti selalu berfikiran positif dan jangan buruk sangka dengan suami muda. Elakkan rasa cemburu pada suami. Ada kalanya suami mereka yang muda lebih matang dan sangat tinggi ilmu agama yang dimiliki. Mereka ini bukan sahaja boleh membimbing isteri malah dapat membantu isteri dan membahagiakan hati isteri dengan tingkah laku mereka yang baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI