Cara Kemas Rumah Jadi Bersih, Ini Ikut Nasihat Seorang Emak

Share

Ini cara kemas rumah jadi bersih teratur walau ruang tak besar, semuanya daripada didikan seorang pada anak-anaknya.

Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi. Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.

Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya.

Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.

Cara Kemas Rumah, Ikut Nasihat Seorang Emak

Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah:

Sapu sampah luar dan dalam rumah
Kemas tempat tidur
Pastikan setiap bilik kemas
Sidai kain
Siram pokok bunga mak

Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.

Mak selalu pesan:

1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.

2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).

3. Lapik kaki luar ke dalam ke basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.

4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggal sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.

5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.

6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”. Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.

Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap, ”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup.

7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance. Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.

8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.

Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.

Tapikan betul lah apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”

Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.

Sumber: Facebook Anis Syuhada

Published by
Nadia