Cara ‘KUNCI’ CINTA Suami Lepas Kahwin. 5 Tip Ni Paling Senang Isteri Nak Buat!

Share

Bukan mudah nak ‘kunci’ CINTA suami tapi andai sayangkan rumahtangga dan suami, semuanya boleh dilakukan. Lepas kahwin, pasangan pengantin baharu perlu pandai mainkan peranan supaya cara ini akan menjadi rutin harian.

 

Berkongsi tip Zaim Zaini, pengacara televisyen dan digital ini, rasanya tak susah untuk seorang isteri memilih untuk ‘lock‘ CINTA suami. Jom kita baca ni!

 

CARA ‘LOCK’ CINTA SUAMI

  1. LOCK Kecantikan Isteri
  • Sebagai isteri, jangan sesekali mengabaikan kecantikan dan kebersihan diri. Kalau sebelum berkahwin anda boleh melawa 24 jam, takkan apabila suami sudah di depan mata, nak nampak selekeh pula?
  • Tak salah kalau nak berhabis duit untuk kecantikan. Ada nafkah dari suami, gunakanlah sedikit untuk beli pakaian baharu, alat solek dan pewangi badan. Cantikkan diri sehingga suami pun tidak memandang wanita lain!

 

2. LOCK Perut Suami

  • Jangan memilih untuk jadi isteri pemalas dan asyik makan di kedai atas alasan tidak pandai memasak. Apa salahnya belajar memasak yang simple-simple dan kenyangkan perut suami dengan air tangan kita.
  • Sekarang ni nak belajar memasak mudah sangat. Telefon bimbit kan sentiasa ada di tangan. Carilah resipi mudah dan cuba di rumah. Beritahu suami mungkin masakan anda kurang enak tetapi anda akan cuba perbaiki. Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih.
  • Kata Zaim, kalau isteri memasak di rumah, pasti suami akan sayang. Dicanang pada kawan-kawannya isteri memasak di rumah. Bangga tu!

 

3. LOCK Layanan VIP

  • Apabila bercakap dengan suami, bercakaplah elok-elok, bertegurlah baik-baik. Kerana andai isteri bercakap dengan nada marah, suami akan mudah mencari layanan ‘luar’.
  • Komunikasi di antara suami dan isteri sangat penting. Andai ada perkara yang tidak berpuas hati, cakaplah elok-elok.

 

4. LOCK Keluarga Suami

  • Sungguhpun hubungan anda dengan keluarga mentua tidak rapat tetapi berusahalah untuk melayani mereka dengan baik. Letakkan diri anda di tempat suami. Tentu anda mahu keluarga anda dilayan dengan baik.
  • Yang penting usaha anda untuk memperbaiki hubungan. InsyaAllah pasti ada kebahagiaan.

 

5. LOCK Di Bilik Tidur

  • Bukan hanya zahir suami, keperluan batin suami juga sangat penting dan perlu diutamakan. Jangan sampai suami menonton video yang bukan-bukan.
  • Sekiranya isteri ada ‘isu’ tentang hubungan seksual, jangan segan silu untuk berbincang.

 

Baca juga “Layan Isteri Bagai Permaisuri, Barulah Suami Dilayan Seperti Raja.” Asyalliee ‘Warning’ Suami Yang Cari Lain. – Pesona Pengantin

 

Bukan susah pun nak bahagiakan suami. Cuma isteri kena pandai memainkan peranan dan konsisten. Caranya? Terpulang pada cara masing-masing. Suami sendiri kan, mesti anda tahu apa yang dia suka!

 

Kredit foto: SWEETPICTURES KL

Published by
Anis Nor