Selalu kita dengar gosip cara mentua dan menantu bila bertembung dalam rumah, pasti ada perbezaan dan tak kena.
Biasanya yang hadapi masalah ini, bila suami mula bandingkan. Ini yang akan jadi masalah.
Cara Mentua dan Menantu Uruskan Rumah Tangga
Situasi ini boleh menimbulkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan menantu. Generasi menantu kita tidak sama dengan generasi kita. Mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kehidupan, termasuk cara mereka mendidik anak, menguruskan kewangan, atau menyelesaikan masalah rumah tangga.
Kalau mampu menerima perbezaan, ini boleh menjadikan hubungan lebih positif dan saling menghormati.
Jadi ini salah mentua, menantu salah suami yang tak pandai lagakan hati kedua-dua belah pihak?
Ini yang cuba disampaikan saudara Firdaus Shakirin, bila jadi mentua sepatutnya mak-mak kena masuk diri dalam dunia menantu.
Belajar Melepaskan Anak
Ads
Anak kita akan berkahwin dan kita akan dapat menantu. Nak tak nak, kita tetap kena terima hakikat yg anak kita akan memulakan satu kehidupan baru.
Kehidupan bersama pasangannya dan anak-anaknya. Sebagai seorang mertua, apa yang perlu kita lakukan?
Jangan masuk campur dengan urusan rumahtangga anak sekiranya mereka tiada apa-apa masalah. Biarkan mereka menempuhi asam garam kehidupan berumah tangga, biar mereka belajar apa akibat daripada setiap keputusan yang mereka buat. Biar mereka tentukan hala tuju rumah tangga mereka.
Jangan cuba memperbandingkan cara kita dengan cara menantu kita. Dari saat dia mengandung, berpantang sehinggalah menjaga anak-anaknya. Jangan keluar kata-kata:
“Dulu mak mengandung tak manja macam kau pun. Dulu mak hari ketiga berpantang sudah boleh mengemas rumah. Dulu mak bagi anak-anak mak makan itu, makan ini, dia tak kembung perut pun, dia tak sakit pun.”
Ads
Cerita Dulu Tak Akan Sama Dengan Sekarang
Jangan… dulu is dulu… sekarang is sekarang.
Tahap kekuatan, kemampuan, ketahanan orang dulu dan orang sekarang berbeza. Cara hidup beza, apa yang dimakan beza, masa bekerja, masa tidur juga berbeza.
Menantu kita mungkin tak sekuat kita, menantu kita, mungkin tak setahan kita. Menantu kita mungkin lemah. Tapi jangan kita membanding-bandingkan apa yang dialaminya, dibuatnya dengan apa yang dialami kita dan dibuat kita.
Jangan iri hati, dengki sekiranya anak menghabiskan masa untuk keluarganya. Jangan menyuruh anak memilih antara diri kita atau pun isterinya. Walaupun dia perlu bertanggung jawab terhadap kita sebagai orang tuanya, tapi dia juga ada keluarga, ada isteri, ada anak-anak untuk dijaga.
Ads
Jikalau tiada apa-apa, biarkan dia dengan keluarganya. Jangan menyindirnya yang dia sudah lupakan kita. Jangan perli anak kita dengan harapan anak kita akan lebih mengutamakan kita daripada isterinya dan anak-anaknya.
Anak Akan Ada Kehidupan Sendiri
Jangan buat dia serba salah…
Berlapang dada untuk terima bahawa satu hari nanti, anak-anak kita ada kehidupan lain yang perlu dilaluinya dan menuntutnya untuk membahagikan waktu antara kita dan keluarganya. Itu adalah salah satu daripada perjalanan kehidupan kita dan kita pun pernah melaluinya dulu.
Hubungan antara mak mentua dan menantu adalah hubungan yang perlu dipupuk dengan kasih sayang, hormat, dan tolak ansur. Jangan bandingkan cara kita dengan menantu kerana setiap orang mempunyai cara yang unik dalam menguruskan kehidupan mereka. Dengan berikan ruang, kepercayaan, dan sokongan, hubungan ini boleh berkembang menjadi hubungan yang mesra dan penuh dengan kebaikan.
Sebagai mak mentua, anda tak boleh mengawal tetapi untuk menyokong dan memberikan dorongan kepada generasi baru itu lebih bagus dan membantu wujudkan rasa harmoni dalam rumah tangga anak-anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memilih baju pengantin, warna memainkan peranan penting untuk menyerlahkan lagi penampilan bakal pengantin kala memakainya. Jangan buat kesilapan dengan pilihan warna yang tidak tepat, seumur hidup rasa menyesal nanti. Biarpun anda berkenan dengan sesuatu warna, ia tidak semestinya sesuai membaluti diri anda.
Sebagai panduan, inilah warna yang tepat mengikut bentuk tubuh anda:
Kurus Dan Tinggi
Andai anda bertubuh kurus dan tinggi, amat sesuai mengenakan baju pengantin dari kelompok warna cerah seperti merah jambu, kuning, oren, hijau, biru muda dan merah. Kelebihan mereka yang bertubuh begini juga sesuai menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya menampakkan anda lebih berisi.
Badan Buah Pear
Buat mereka yang bertubuh unik ini, pilih yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Baju dengan warna terang dan corak pelbagai sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar serta menyeimbangkan tubuh.
Bentuk Epal
Buat mereka yang bertubuh bentuk epal, warna-warna ‘shocking’ di bahagian atas tubuh dan warna gelap membaluti bahagian bawah tubuh sesuai dipilih. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
Bentuk segi empat
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Elak memakai pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan pakai terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar diri pengantin tidak serabut.
Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang bertubuh sebegini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis baju dan warna apa jua. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan memakai skirt dengan potongan A-line supaya nampak lebih ramping.
Berisi Dan Tinggi
Bagi yang badan yang berisi usah risau. Mereka yang berbadan sebegini sesuai mengenakan warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda nampak kurus. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian dari kelompok warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan tubuh anda yang berisi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi semua bakal pengantin yang, wajah yang cantik dan flawless ketika majlis perkahwinan adalah perkara yang sering menjadi keutamaan kerana mahukan kelihatan serba canyik dan menawan. Malah, ada segelintir daripada mereka mahu disolek oleh mak andam atau sekarang dipanggil make up artis (MUA) ketika hari bahagia anda.
Namun, professional ataupun tidak semuanya terpulang kepada individu. Wanita sememangnya tidak boleh berpisah dengan rasa ingin cantik dengan mereka. Sebab itu mereka selalu inginkan yang terbaik untuk diri mereka. Walaupun mereka sudah kelihatan cantik, make up itu memainkan peranan untuk menaikkan lagi seri di wajah mereka. Tetapi ada beberapa tips yang perlu anda titik beratkan sebelum menempah MUA ini.
1. Tempah MUA awal
Bila anda sudah dirisik oleh seseorang dan kedua-dua belah keluarga anda setuju untuk menetapkan tarikhnya, mulakan langkah anda untuk mencari MUA kesukaan anda. Pencarian MUA ini anda boleh mencari menerusi sosial media sahaja.
2. Test make up
Agak sukar sebenarnya jika anda mahu mencuba dahulu solekan yang mereka buat tetapi ia amat digalakkan kerana dari situ anda tahu kemahiran dan adakah mereka serasi dengan anda. Oleh itu, anda boleh melihat antara feedback atau gambar-gambar yang mereka pernah solek.
3. Pastikan tarikh mereka tidak pack dengan orang lain
Oleh kerana terlalu ramai yang menempah perkhidmatan mereka, jadi anda perlu confirm bahawa MUA pilihan anda tidak menerima tempahan yang lain selain anda ataupun jadual mereka tidak terlalu ketat. Sehinggakan mereka terpaksa terkejar-kejar untuk bergegas ke lokasi seterusnya. Ini mungkin menyebabkan anda tidak berpuas hati dengan solekannya.
4. Pentingnya komunikasi
Tidaklah anda menilai hanya daripada info mereka di media sosial, anda terus berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Anda perlu tahu, wajah setiap orang adalah berbeza. Ada yang sesuai dengan solekan begini tetapi anda pula tidak bersesuai dengannya. Jadi, pastikan anda sentiasa berbincang dengan MUA anda tentang solekan yang anda mahu secara jelas.
5. Jangan terlalu cerewet dengan MUA
Setiap perkhidmatan pasti ada sahaja yang tidak berpuas hati. Sama seperti MUA, anda jangan terlalu cerewet sehingga membuat MUA rimas dengan perangai anda. Tidak salah anda mahukan yang terbaik tetapi seeloknya berbincang dahulu jenis macam mana yang anda mahukan, tanyakan pada mereka adakah mereka rasa ini sesuai untuk anda kerana mereka sudah berpengalaman.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!