Mesti kita rasa tak selesa kan dalam tengah sedap dibuai mimpi tiba-tiba ada nyamuk datang kacau ‘mood’ tidur. Lagi pula zaman sekarang ni bermacam-macam penyakit yang boleh didapati dari seekor nyamuk.

Jadi, sebelum anda dan ahli keluarga anda dijangkiti penyakit-penyakit yang bahaya ini, anda boleh cuba menggunakan tips ini untuk menggelakkan dari gigitan nyamuk. Selamat mencuba!

Cara Mudah Kawal Nyamuk Dengan Pencuci Pinggan

Dalam Teknik Mengawal Nyamuk ini saya menggunakan cecair pencuci pinggan Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat dengan keharuman Lemon (botol kuning berharga sekitar RM2.80) dan ia berkesan.  Ia adalah murah dan tidak toksik seperti kebanyakkan semburan nyamuk yang lain.

Ads

Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini :

Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening . Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat . Lepas tu letak dekat poc, patio, meja, kerusi, mahupun di luar rumah.

Ads

Ternyata nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu. Cubalah, ia mujarab dan sungguh menakjubkan! Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekirar rumah anda terutamanya tempat2 ada wabak Denggi atau Zika atau lain-lain virus yang boleh menyerang baik haiwan mahupun manusia.

Ads

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI