Cara Mudah Kumpul RM20,000 Bagi Yang Nak Sangat Kahwin Tapi Masih Tak Cukup Duit!

Share

Siapa yang tak nak kahwin kan? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan.

Tapi duit simpanan tu dah cukup ke belum?

Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ni bukan senang. Tambahan pula kos perkahwinan sekarang ni memang tak masuk akal.

Kami kongsikan kepada anda 𝟏𝟎 π™π™žπ™₯𝙨 π™ˆπ™ͺ𝙙𝙖𝙝 𝙆π™ͺ𝙒π™₯π™ͺ𝙑 π™π™ˆπŸπŸŽ,𝟎𝟎𝟎 bagi yang nak sangat kahwin tapi masih tak cukup duit!

Β 

1. BUAT TABUNG KAHWIN SIAP-SIAP πŸ’°

Walaupun belum jumpa calon, buat je tabung kahwin siap-siap. Mana tahu bila dah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin.

2. TETAPKAN MATLAMAT TEMPOH SIMPANAN πŸ’°

Katakan korang perlukan RM20,000 sbg duit perkahwinan korang dalam tempoh 3 tahun akan datang. So korang perlu menyimpan sebanyak RM556 sebulan selama 36 bulan.

556Γ—36 = RM20,016

3. BIAR SUSAH SAMA-SAMA πŸ’°

Lelaki dan perempuan anda perlu lah β€œsusah senang dan sama-sama”. Kepada perempuan, buktikan kepada lelaki yang korang adalah perempuan bukan perempuan biasa-biasa.

Kalau majlis korang rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000.

4. KALAU TERPAKSA PINJAM BANK, MAKNANYA KORANG TAK MAMPU LAGI πŸ’°

Kalau korang terpaksa ambil personal loan untuk beli sesuatu, sebenarnya korang belum mampu untuk memilikinya. Apatah lagi untuk berkahwin. Nak kahwin guna je memana duit yang ada.

5. LETAK DUIT SIMPANAN DITEMPAT YG KALIS INFLASI DAN SUSAH UNTUK DIBELANJAKAN πŸ’°

Benda ni senang je, letak je di dalam Tabung Haji, Asb Financing dan Emas.

6. LUPAKAN CREDIT CARD πŸ’°

Kalau korang mempunyai credit card, sila potong kepada dua. Belajar untuk hidup bersederhana sebelum kahwin, baru bakal bapa mertua akan yakin kat korang.

7. JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PENDAPATAN JE πŸ’°

Rajin-rajin buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, buat part-time, Grabcar dan lain-lain.

8. DISIPLIN DALAM MENYIMPAN πŸ’°

Kalau korang rasa tidak mempunyai disiplin untuk menyimpan. Sila paksa diri korang untuk berbuat demikian.

Nak kahwin, kena lah berkorban. Mana ada orang kahwin pakai air liur, lain lah kalau mak ayah sponsor 100%. Haaaa

9. JANGAN BEBANKAN DIRI DENGAN HUTANG πŸ’°

Kalau korang dah memang dah janji untuk bercinta sehidup semati. Jangan bebankan hidup pasangan korang selepas kahwin.

Beli kereta dan buat majlis perkahwinan mengikut kemampuan, bukannya berlumba majlis siapa yang paling grand.

10. MULAKAN DARI SEKARANG πŸ’°

Jangan asyik tabur janji manis dekat pasangan kalau nak kumpul duit kahwin pun masih merangkak.

Korang kena ingat, komitmen selepas korang berkahwin lagi gila-gila. Ini perkara serius yang korang wajib ambil berat.

Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tak, itu rahsia Allah.

Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Β 

Sumber : awantona

Published by
NanyRahman