Cara Mudah Nak Buat ‘Homemade Hand Sanitizer’. Hanya Guna Dua Bahan Ini Je!

Share

Wabak Covid-19 gelombang kedua kian mengganas menjadikan keseluruhan 117 kes Covid-19 di Malaysia setakat ini. Mangsa wabak Covid-19  kini dirawat di Unit Rawatan Rapi di hospital. Menurut Harian Metro, hanya enam kes mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara selepas pemeriksaan melalui gelombang kedua ini.

Disebabkan jumlah kes semakin meningkat, orang awam dinasihatkan agar terus kekal mengamalkan penjagaan kebersihan diri seperi kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air serta menggunakan ‘hand sanitizer’.

Namun, ‘hand sanitizer’ dan topeng muka kini agak sukar untuk dijumpai dek kerana kehabisan stok. Jika ada pun, harganya sudah dinaikkan kerana permintaannya yang tinggi.

Jadi, saudara Ir Abdul Rahman Bahasa menerusi laman Facebooknya telah berkongsi cara membuat ‘hand sanitizer’ sendiri di rumah dengan hanya menggunakan dua bahan. Cukup murah dan jimat.

Kredit: Ir Abdul Rahman Bahasa

COVID-19:CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER

Semalam,saya borak-borak ngan member pasal wabak COVID-19 kt Malaysia. Yes, agak critical sekarang ni. Setakat pukul 6.00pm tadi 93 orang confirm infected kat Malaysia berbanding ngan semalam hanya 83orang. Meningkat 10 lagi kes😣. 23 orang dah fully recovered👍🏻

Korang boleh check dekat web ni: https://www.coronatracker.com/?country_code=MY

Semalam jugak, member ada highlight pasal susah betul nak cari instant hand sanitizer sekarang.

Kalau ada pun, harga untuk antabax hand sanitizer 50ml yg biasa beli RM4.80 dah jadi RM8.00!!😱😱.

So, hari ni masa saya habis nak cari hand sanitizer je sebab stock hand sanitizer saya nak habis dah. BUT SEMUA SOLD OUT!😩

Tapi bila saya tiba di satu pharmacy ni. Ada benda yg saya rasa bagus untuk di share ngn korang. Yes, macam tajuk posting ni.CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER.

Ni bahan-bahannya mengikut suggestion pharmacy tu:

  1. Dettol
  2. Sterile Water

Cara-cara nak buatnya pulak:

  1. Campurkan..20% Dettol, 80% sterile water.
  2. So, kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 20ml Dettol, 80ml sterile water.
  3. Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 10ml Dettol, 40ml sterile water.
  4. Korang boleh lah sukat guna picagari atau lain2 alat sukatan yang bersesuaian ye..
  5. Then finally letak dalam botol spray. Korg leh guna je botol2 spray kosong yg korg ada.

Tapi, ikut pharmacy tu. FORMULA NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK2 UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.

Dettol nye effect agak kuat jugak. Takut ada effect dekat kulit kanak2 yg umurnya bawah 10tahun.

Kalau kita cerita kos pulak, xda lah mahal sangat..

500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70

Dengan kos RM11.70. Boleh lah buat 5 botol 50ml hand sanitizer.

Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!

Dari tak ada langsung. OK jugak lah option ni.

Anyway, yg paling penting kita kena jaga kebersihan guys!

Kalau korang tak nak buat hand sanitizer versi Dettol + Sterile Water ni;

  • Kerap2 lah basuh tangan
  • Elakkan berada di tempat awam. Kalau terpaksa juga terdedah dekat tempat awam.
  • Jangan lupa pakai mask ye!

Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ni.. Amin.. 🤲🏻🤲🏻
.
Moga bermanfaat😉
.
Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
07 March 2020
#Covid19 #HomeMadeSanitizer

Sumber: Harian MetroIr Abdul Rahman Bahasa

Published by
Naqiyatul Uzma