Rasa malu tak kalau ada orang tegur anda sebab mata ada ‘eye bag’? Mesti kawan-kawan anda akan tanya ‘tak cukup tidur ke’? sampai kadang-kadang rasa rimas dengan soalan tersebut.
Tak dinafikan kurangnya tidur boleh menyebabkan mata sembab atau ‘eye bag’ ini kepada mata anda. Dari jauh dah boleh lihat. Malunya rasa. Apa kata anda cuba antara petua ini. Takkan lah nak nampak lesu je dengan mata yang macam tu kan. Cuba amalkan ini!
1. Timun
Ambil timun Hiris nipis kemudian lekapkan pada mata semalaman. Esoknya bersihkan dengan air putih. Timun bantu menyegarkan kembali mata lesu.
2. Tomato
Hiris tomato nipis kemudian lekapkan di mata selama 20-30 minit selepas itu jangan makan pula tomato tu, basuh lah muka dengan air bersih.
3. Kentang
Basuh kentang dan buang kulitnya kemudian hiris nipis. Selepas hiris lekapkan di mata 10-20 minit. Khasiat dalam kentang akan bantu kurangkan kesan gelap sambil cerahkan kulit supaya nampak sekata.
4. Uncang teh
Lepas bancuh teh tak perlu dibuang. Sebaliknya guna uncang pada mata selama 20minit dan bilas.
5. Lemon
Perah sebiji lemon segar kemudian sapukan pada bahagian bawah mata secara nipis. Ini kena buat setiap hari pasti confirm anda happy tengok hasilnya.
6. Elak tidur lewat
Kalau nak tahu lingkaran bawah mata terjadi sebab kurang berehat dan keletihan. Selain petua tradisi dan spa gaya hidup sihat juga sangat penting. Elakkan tidur lewat dan pastikan anda dapat rehat secukupnya.
Sumber : Sejuk sedap
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI