Tumit merekah terjadi akibat dari kulit tumit yang kering dan terlalu banyak berjalan menggunakan kasut yang tidak sesuai.

Jika tidak dijaga atau dirawat tumit yang merekah boleh menyebabkan luka dan jangkitan kuman. Sebelum jadi semakin teruk, apa kata mari kita mencegah sebelum kena merawat.

Terutama buat bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis tidak lama lagi. Pilih kasut yang bersesuaian dan selesa. Jika tumit anda mengalami masalah boleh cuba cara ini.

#1 Bersihkan tumit
Cara Mudah Nak Rawat Tumit Kaki Dari Merekah, Jom Cuba!

Menggosok atau melakukan skrub tumit bagus untuk menanggalkan kulit mati yang terkumpul. Tetapi, jangan terlalu kerap melakukannya dan gosok tumit perlahan-lahan.

#2 Gunakan krim 
Cara Mudah Nak Rawat Tumit Kaki Dari Merekah, Jom Cuba!

Guna krim bukan losyen. Tekstur krim lebih pekat dan tebal sesuai serta pilih krim mengandungi formula yang bagus. Bahan-bahan ini memberi penggelupasan lembut dan tanpa menyakitkan.

IKLAN
#3 Pakai stokin
Cara Mudah Nak Rawat Tumit Kaki Dari Merekah, Jom Cuba!

Paling baik ialah dengan memakai krim kaki dan sarungkan stokin. Cara ini meningkatkan lagi keberkesanan krim dan memberi rileks pada kaki.

#4 Pilih kasut yang sesuai 
Cara Mudah Nak Rawat Tumit Kaki Dari Merekah, Jom Cuba!

Masalah tumit berlaku juga akibat dari penggunaan tapak kasut yang salah. Pilih kasut dengan tapak lembut dan boleh menyerap tekanan.

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI