Ada yang masih dalam fasa nak pikat hati mentua? Kalau boleh bila sudah berkahwin, biarlah orang tua belah pasangan sayang kita macam anak sendiri.
Sudah tentu juga kita sebagai menantu kena sambut layanan mentua dengan baik-baik dan ikhlas. Ya, betul tidak semua bertuah dapat mentua yang boleh terima baik buruk kita sebagai menantu. Tetapi, kita cuba dulu. Boleh?
Cara Mudah Pikat Hati Mentua
Ini antara empat perkara yang anda boleh amalkan bila dengan jumpa dengan mentua. Insya-Allah, nanti semakin rapat dan semakin diaorang sayang anda dengan ikhlas.
Ads
Rajin Masak atau Belikan Makanan
Bila sesekali balik rumah mentua, cuba lah ke dapur. Rajinkan diri untuk memasak bila dekat rumah mertua. Tanyalah mentua nak makan apa, nak masak apa hari ini. Kalau mentua okay nak masak bersama tetapi anda jenis kekok, bantulah apa yang patut. Asalkan tak duduk saja tunggu makanan siap.
Owh ya, ada pilihan kedua. Beli dan ajak mentua makan luar. Bukan selalu, sesekali belanja mentua tak salah. Bukan disayangi sahaja tetapi lagi murah rezeki kalian sekeluarga.
Bawa Hadiah
Kemudian sesekali boleh bawa hadiah atau buah tangan bila jumpa mertua, macam kita sendiri lah mesti suka kalau orang bagi kita sesuatu. Macam itu juga lah mertua kita.
Ads
Ada pilihan kuih-muih, buah-buahan atau makanan yang mentau tak pernah masak. Memang akan gembirakan kedua belah pihak. Nak bagi hadiah pun boleh, macam pakaian tudung atau baju yang sesuai untuk orang berumur.
Ads
Ajak Berbual
Duduk dalam rumah sekali jangan asyik buat hal sendiri, cuba ajak mentua berbual, walaupun anda jenis introvert tetapi kena juga cuba ajak mereka berbual sampaikan satu tahap mentua rasa dekat di hati.
Beri Perhatian
Sesekali apa salahnya hubungi, tanya khabar mentua. Kalau pasangan anda jenis jarang hubungi mak ayahnya, mungkin anda boleh ubah. Anda cuba tanya khabar dan ambil peduli. 2 kali sebulan dah cukup, nak-nak kalau anda tinggal berjauhan. Jangan tunggu raya baru nak berkomunikasi.
Itu sahaja paling mudah. Mungkin ada yang suka buat hal sendiri untuk jaga hati sendiri tetapi rugilah. Sebab anda ada peluang nak pikat hati kenapa tak mahu cuba, kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda takut ditipu dalam memilih servis katering? Di sini kami sediakan cara mudah pilih katering majlis kahwin untuk elak senang ditipu
Memilih servis katering adalah perkara asas yang perlu pengantin tahu selain daripada barang hantaran dan persiapan untuk majlis perkahwinan nanti. Selalunya pemilihan servis katering ini dilakukan oleh kedua ibu bapa pengantin kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam perkara ini. Berikut disertakan cara memilih servis katering dan bagaimana untuk elak daripada ditipu.
Quotation
Quotation ialah perkara yang paling penting sebelum berurus niaga lebih terperinci. Dapatkan quotation yang lengkap mengenai servis katering yang ditawarkan termasuk jenis makanan, harga makanan dan peralatan yang digunakan.
Pilih Katering yang Menawarkan Tawaran Menarik
Selain daripada harga, pilih katering yang menawarkan tawaran lebih menarik seperti jumlah makanan untuk berapa orang dan jenis makanan yang ingin disediakan. Elak katering yang menyediakan makanan kurang daripada jumlah tetamu yang dijemput.
Food testing
Pastikan anda mencuba makanan yang dipilih dan membuat pilihan tepat. Jangan nanti pada hari perkahwinan, jenis makanan yang anda pilih tidak sama seperti yang terdapat di dalam gambar. Rasanya apatah lagi jika anda tidak merasa makanan tersebut sewaktu berurusan dengan pihak katerer.
Face-to-Face
Pergi berjumpa sendiri pihak katerer yang anda telah pilih. Jangan wakilkan sesiapa sama ada kawan, sepupu, saudara mara atau sesiapa sahaja untuk berjumpa dengan pihak katerer. Ini untuk dielak daripada ditipu.
Research
Buat sedikit research tenting syarikat katering yang ada di Malaysia. Cuba bandingkan harga antara servis katering setiap daripada katering yang ada. Pilih mengikut kemampuan anda dan jangan memilih mengikut hawa nafsu.
Cara Bayaran
Elakkan daripada ditipu mengenai cara bayaran dan caj tambahan yang dikenakan. Dapatkan maklumat mengenai cara bayaran dan caj lengkap katering yang anda pilih. Lebih elok tidak memberi atau membayar kesemua jumlah bayaran dahulu. Bayar secara ansuran atau separuh bayaran sebelum majlis dan separuh bayaran lagi selesaikan selepas majlis.
Tema Majlis
Ini ialah perkara yang selalu dipandang enteng oleh sebilangan pengantin. Pilih katering yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda. Jika tema majlis perkahwinan anda bertemakan Arabian, pilihlah makanan yang ada unsur makanan Arab. Ini sedikit sebanyak memberi tetamu pengalaman berlainan di majlis perkahwinan yang mengujakan.
Walaubagaimanapun, dalam memilih servis katering pastikan anda memilih katerer yang betul-betul anda percayai. Ini semua berkaitan dengan soal jumlah duit yang akan dilaburkan untuk majlis perkahwinan anda. Seeloknya berbincanglah dengan pasangan anda dan kedua-dua ibua bapa anda. Pastikan anda tidak ditipu.
Kredit: Ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika pasangan suami isteri tidak bersetubuh selama 5 bulan dan suami tidak pernah bersumpah untuk meng-ila’ isteri, adakah situasi tidak bersetubuh selama 5 bulan itu tetap dihukum sebagai ila’? Perlukah si suami membayar kafarah ila’ jika dia menyetubuhi isteri selepas 5 bulan?
JAWAPAN
Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Ila’ (الإيلاء) adalah termasuk dalam perkara-perkara yang menyerupai talak dalam perhubungan suami isteri. Dari segi bahasa, ila’ dimaksudkan sebagai sumpah. Manakala dari segi istilah pula bermaksud suami yang mempunyai hak bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya tanpa menyebut tempoh tertentu atau dalam tempoh yang melebihi empat bulan. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 4/120)
Dalil hukum bagi ila’ itu sendiri telah ada dalam al-Quran. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Kepada orang-orang yang meng-ila’ isterinya, diberi tangguh empat bulan (lamanya). Kemudian, jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika mereka berazam (bertetap hati untuk) talaq, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah : 226-227)
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Ali R.A, katanya:
Maksudnya: “Apabila suami melakukan ila’ kepada isterinya, tidak jatuh walaupun telah berlalu empat bulam sehinggalah suami membuat keputusan sama ada menceraikannya ataupun menggauli isterinya semula.”
Riwayat Malik dalam kitabnya al-Muwatta’ (2/556)
Sememangnya sumpah untuk meng-ila’ para isteri adalah termasuk dalam dosa-dosa besar yang perlu dijauhi oleh semua suami. Sekiranya si suami telah bersumpah ila’ terhadap isterinya, suami itu perlu membayar kafarah bagi menebus semula sumpah yang telah dilafazkannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT berikut:
Maksudnya: “Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah.”
(Surah al-Maidah : 89)
Berbalik kepada persoalan di atas, ila’ tidak jatuh kepada isteri. Ini kerana syarat untuk jatuh ila’ itu sendiri adalah apabila suami melafazkan lafaz ila’ kepada isterinya, dimana tidak berlaku dalam situasi di atas. Namun begitu si suami dikira berdosa sekiranya dengan sengaja tidak menyetubuhi isterinya tanpa sebab syar’i yang membenarkan kepada perbuatan tersebut. Suami juga tidak perlu untuk membayar kafarah ila’ kerana hukum ila’ tidak jatuh ke atas isterinya.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada persoalan di atas, kami berpandangan bahawa tidak jatuh hukum ila’ ke atas isteri dalam situasi di atas. Hal ini kerana, ila’ tidak berlaku semata-mata kerana ketiadaan hubungan seksual suami isteri selama tempoh tertentu. Namun, lafaz ila’ perlu dilafazkan terlebih dahulu oleh suami bagi menjatuhkan hukum ila’ ke atas isteri.
Dalam isu nafkah pula, si suami wajib untuk memberi nafkah zahir yang merangkumi makan, minum, pakaian dan selainnya yang diperlukan oleh isteri, manakala dari sudut nafkah batin, seorang suami perlu untuk melayan isterinya dengan baik dari segi percakapan, pergaulan yang baik serta melakukan hubungan suami isteri sebagaimana yang telah di syarakkan oleh agama Islam itu sendiri. Sekiranya, suami tidak memberi nafkah zahir dan batin itu dengan sengaja, maka suami tersebut adalah berdosa.
Kami akhiri jawapan ini dengan satu kisah yang berlaku antara Saidina Umar R.A yang bertanyakan kepada Hafsah sejauh mana wanita boleh bersabar dengan suaminya lantas dijawab empat bulan.
Maksudnya: “Umar ibn al-Khattab telah keluar pada suatu malam (untuk melihat keadaan rakyatnya). Tiba-tiba dia terdengar seorang perempuan mengeluh: “Rasa panjang malam ini,dan gelaplah di sisinya tetapi aku tidak dapat tidur kerana tiada kekasih untuk bersamanya. Demi Allah, kalaulah bukan kerana Allah nescaya aku akan melakukan sesuatu sehingga bergeraklah tiang katil ini.” Kemudian Umar R.A telah bertanya kepada Hafsah, anaknya sendiri: “Perempuan boleh bersabar terhadap suaminya berapa lama?” Jawabnya: “Enam bulan atau empat bulan.” Lantas berkatalah Umar R.A: “Aku tidak akan menyekat tentera lebih daripada ini.”
Riwayat al-Baihaqi (18307)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!