Cara Mudah Siapkan Menu Bersahur & Yang Penting, Jimat Masa!
April 23, 2020
Share
Tidak dinafikan waktu sahur adalah masa yang sukar untuk membuka mata. Tapi bagi isteri sudah menjadi tanggungjawab menyediakan makanan untuk dinikmati seisi keluarga. Buat mereka yang rajin, boleh memasak menu ringkas seperti nasi goreng dan sebagainya. Agar anda dapat menyediakan menu sahur dengan pantas, boleh lakukan tujuh tip berikut.
1. Sediakan keperluan bahan-bahan untuk memasak
Bahan asas seperti bawang putih, merah, halia atau lain boleh disedikan lebih awal. Siapkan bahan ini pada malam hari, sesuai menu yang akan dimasak pada pagi harinya. Anda juga boleh menyiapkannya semasa memasak menjelang buka puasa.
2. Beli lauk kering
Sudah jadi kebiasaan, lauk kering adalah pembangkit selera semasa waktu sahur. Antaranya ialah serunding, sambal ikan bilis kering dan sambal hitam. Jika tidak sempat memasak, maka lauk kering ini akan menyelamatkan semuanya. Tinggal ambil nasi dan lengkapi dengan lauk berkuah atau kicap sudah mencukupi.
3. Beli juga makanan sejuk beku
Makanan beku seperti nugget dan semacamnya juga pilihan yang baik. Tinggal digoreng selama lebih kurang tiga minit, anda sudah boleh menikmatinya. Mudah bukan?
4. Pakai bahan makanan siap olah
Bahan makanan siap olah contohnya daging cincang, otak-otak, tempura, dan lainnya. Bahan makanan ini cuma tambahkan dengan beberapa bahan lainnya. Proses memasaknya tak perlu waktu lebih dari lima minit.
5. Masak lauk selesai tarawih
Ada beberapa lauk atau jenis sayuran yang boleh anda masak sebaik selesai solatTarawih. Jadi, ketika waktu sahur tiba, anda cuma memanaskan saja. Sangat mudah.
6. Manfaatkan perencah dan tepung serbaguna
Kalau ada yang praktikal kenapa perlu bersusah payah? Untuk menyiapkan perencah, anda perlukan waktu untuk membuatnya sendiri. Ini akan memanjangkan waktu yang anda perlukan untuk memasak sahur. Kalau sudah ada yang terjual , hanya tinggal tuang saja.
7. Buat sambal dalam jumlah banyak
Ini khusus buat anda yang suka sambal. Tapi, jangan buat sambal setiap hari. Cukup membuatnya dalam beberapa hari sekali saja. Simpan sambal di dalam peti sejuk , masa sahur boleh dijadikan sambal goreng.