Cara Nak Betulkan Cincin Tunang Tiba-Tiba Tak Muat!

Share

Cara Resize Cincin (Kecil/Besar)
Setelah sudah mencari cincin untuk pasangan hati, tiba-tiba sahaja dilihat cincin tidak ngam dengan jari! Bertambah pening lagi apabila majlis dah nak dekat tapi cincin yang tersergam indah ini tidak muat pula kerana saiznya tak ngam di jari!

Masaalah seperti ini banyak berlaku, lagi-lagi pada pengantin perempuan, ini kerana faktor diet! Kebiasaannya apabila mahu berkahwin, perempuan selalunya akan jaga badan dan diet. Jadi, apabila mereka berdiet, maka berat badan akan menurun dan jari juga akan mengecil. Lebih-lebih lagi jika beli cincin terlalu awal.

Faktor berat badan naik juga boleh mempengaruhi jari. Apabila berat naik mendadak, maka jari juga akan turut sama mengembang. Kalau jadi hal sebegini, cincin tersebut perlu diubah suai semula mengikut jari supaya tidak luncur atau jatuh apabila disarungkan nanti.

Jadi bagaimana cara untuk resize cincin itu menjadi kecil atau besar? Di sini ada beberapa langkah yang kebanyakan orang lakukan.

**media[85402]**

Jika anda membeli cincin tersebut daripada kedai emas tempatan, dinasihati supaya anda kembali semula ke kedai tersebut membawa pasangan anda supaya mereka boleh mendapat ukuran jari yang tepat.

Boleh dikatakan semua kedai emas mempunyai kepakaran dan peralatan untuk resize cincin. Kerana anda mebeli cincin di kedai itu ada kemungkinan mereka akan resize cincin tersebut secara percuma atau dikenakan bayaran sedikit jika mereka perla menambah emas kepada cincin tersebut.

Jika anda ingin mengubah saiz cincin ini sendiri, anda cuma perlukan bahan-bahan tertentu sahaja. Cara pertama adalah menggunakan ring adjuster. Ring Adjuster akan membuatkan cincin kemas dan kosnya juga tidak tinggi.

Bagi kes jari kembang dan ingin besarkan saiz cincin pula, jika buat secara sendiri, bahan yang digunakan adalah palu kayu.Ketuk cincin secara lembut dengan palu kayu supaya cincin itu dapat dibesarkan sedikit. Jangan ketuk terlalu kuat kerana akan menyebabkan cincin itu menjadi rosak.

Bagi cincin yang berbatu permata, proses resizing agak rumit dan mengambil masa yang lebih lama. Ini kerana proses pencantuman semula cincin untuk dikecilkan akan terganggu jika ada batu permata tersebut. Oleh itu, batu itu perlu diangkat terlebih dahulu sebelum ukuran cincin itu diubah. Akan tetapi, apabila batu permata ini tidak boleh diangkat, proses resizing cincin boleh mengakibatkan kerosakan pada batu permata terutamanya cincin yang dibuat daripada perak, palladium dan platinum.

Dalam situasi ini anda dinasihati untuk membuat resizing di kedai emas untuk mengelakkan daripada berlaku apa-apa kerosakan kekal kepada cincin tersebut.

Published by
webadmin