Ramai orang yang tak mempunyai banyak masa di rumah. Kalau ada pun, masa yang ada itu diharapkan dapatlah digunakan untuk berehat. Tetapi bila masuk bab penjagaan kebersihan rumah, jangan sesekali abaikan. Rumah yang bersih menunjukkan keperibadian kita tau!
Dari satu perkongsian di Facebook ini, Alynn Ramli menunjukkan bagaimana bilik air di rumah dapat dibersihkan dengan hanya menggunakan pencuci yang berharga RM2.10. Musim PKP ni, kalau dapat ke kedai untuk membeli barang, janganlah asyik sibuk nak beli barang hiasan rumah. Cari bahan pencuci dahulu. Biarlah rumah bersih, baru dihias cantik.
Menurut Alynn, dia hanya memasukkan Ganso Stain Remover ke dalam botol semburan dan sembur di sekliling blik air. Kemudian dibiarkan selama 10 hingga 15 minit barulah disental setiap penjuru bilik air.
Beberapa komen yang diberikan juga boleh dijadikan ilmu antaranya:
- Tidak boleh dibiarkan stain remover ini terlalu lama tanpa dibilas kerana akan meninggalkan kesan pada lantai atau mozek.
- Bau bahan kimia pada pencuci ini sangat kuat.
- Campurkan dengan air untuk mengurangkan kesan bahan kimia pada permukaan lantai.
Untuk memudahkan anda, boleh dapatkan Ganso Stain Removal ini DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biar Isteri Tadbir Belanja Rumah, Suami Pantau Dari Jauh Ok
Selepas dapat gaji, duit itu hanya mampu bertahan hanya untuk 2 hingga 3 minggu sahaja. Jika perkara ini yang terjadi, sudah tiba masanya untuk melantik isteri kesayangan sebagai Gabenor Bank Keluarga.
Sebagai suami, cukuplah main peranan sebagai ketua keluarga. Tujuan ini bukanlah untuk melonggokkan amanah dan tanggungjawab pada isteri, namun ini demi kebaikan bersama.
PERKARA BIASA BUAT PENGANTIN BARU
Adalah normal jika ada masalahkewangan masa awal-awal kahwin. Hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama televisyen sahaja bila kahwin terus ada rumah fully furnished dengan kereta BMW.
Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Terimalah hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit, bukan bermaksud isteri queen control!
MASA DEPAN RUMAHTANGGA
Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri bukan?
Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
1. SENARAIKAN PENDAPATAN
- Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
- Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).
2. TENTUKAN KATEGORI PERBELANJAAN
- Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
- Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.
3. BUAT ANGGARAN PERBELANJAAN
- Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
- Bezakan antara keperluan dan kehendak.
- Utamakan keperluan terlebih dahulu.
- Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.
- Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.
4. REKOD PERBELANJAAN
- Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
- Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
- Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
- Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
5. NILAI SEMULA BAIKI CARA BERBELANJA
- Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
- Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
- Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
- Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
- Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.
Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
SUMBER: MajalahLabur
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sibuk Beli Emas Untuk Kahwin, Tapi Tak Tahu Untung Rugi. Baca Ni Untuk Tambah Ilmu. Taklah Rugi!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Kahwin Dapat Beli Rumah Baharu. Amal No 5 Baru Hilang Rasa Bimbang
Seronok bukan main bila nak pindah rumah baru. Rezeki suami isteri ni sukar dijangka. Bila dah dapat apa yang dihajati, jangan lupa ucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah. Tak kisahlah sama ada rumah baru itu rumah baharu atau second hand, dua-duanya tetap rumah yang akan jadi tempat tinggal kita sekeluarga.
Dalam keseronokkan rumah baharu, jangan lupa lakukan amalan-amalan ini. Ialah, kita nak masuk tempat baru, takkan nak main redah je kan? Biarlah ada adabnya…
AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU
Samada rumah sewa yang sudah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.
💘Ikut panduan berikut👇
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
Masuk rumah baharu nanti, hiaslah kediaman berpandukan garis panduan agama kita. Mana elok, buatlah. Yang tak elok tu, tinggalkan sahaja.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI