
Isi Kandungan
ToggleSebelum pergi jauh soal perkahwinan, jom belajar cara pengiraan jumlah tetamu yang akan hadir ke majlis anda nanti.
Kalau ikut cara yang dikongsikan oleh Nur Aryssa, tidaklah berlaku kes pembaziran dan tiada kes makanan yang tak cukup. Jom tengok!
Langkah-langkah Pengiraan:
1. Jumlah Kad Kahwin yang Diedarkan: Ini adalah bilangan kad yang diedarkan kepada tetamu. Anggap anda akan mengedarkan sejumlah kad tertentu.
2. Kemungkinan Tetamu Membawa Teman/Anak: Dalam anggaran ini, kita andaikan bahawa setiap tetamu mungkin membawa 4 orang (termasuk diri sendiri, teman, atau anak).
3. Peratusan Tetamu yang Akan Hadir: Anggapkan peratusan tetamu yang dijemput akan hadir, contohnya 80%.
Formula Pengiraan:
Jumlah Kad Kahwin (x) Kemungkinan Pembawa (x) Peratusan yang Hadir = Jumlah Tetamu Hadir
Contoh Pengiraan:
Untuk menghitung jumlah tetamu berdasarkan 1000 pax:
1. Jumlah Kad Kahwin:400
2. Kemungkinan Pembawa:4
3. Peratusan yang Hadir:80% (0.80)
Melalui pengiraan ini, jika anda mengedarkan 400 kad, dianggarkan akan ada 1280 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan.
Haa.. dapat sesuatu? Moga majlis anda berjalan tanpa halangan dan masalah, selamat menumpuh hari bahagia dengan tenang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Bawah Umur Jangan Letak Sebagai Penama Penerima Hibah Polisi Takaful, KWSP, ASB Dan Tabung Haji.


Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Duduk Asing Lepas Kahwin, Ada Privasi Dan Lebih Menjaga Hati

Isi Kandungan
TogglePasangan yang baru berkahwin, seelok-eloknya cubalah duduk asing dengan mak ayah atau mentua. Bukan apa, orang yang baru belajar nak hidup bersama ini banyak dugaan dan cabarannya.
Banyak juga permulaan sesuatu hal yang belum arif, jadi kalau tak sempurna risau ada mata yang memandang jadi tak senang melihat situasi yang ‘kurang siap’.
Duduk Asing Itu Lebih Baik
Biarlah susah sama susah, senang sama senang. Bila dah rasa susah sama susah, senang sama senang, barulah ada rasa kemanisan, ada rasa kasih sayang dalam perkahwinan. Itulah yang cuba dikongsi oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol kali ini, jemput renungkan.
Aku setuju dengan pendapat yang mengatakan duduk rumah sendiri lebih baik jika pasangan tersebut baru berkahwin.
Banyak perkara yang “against each other” kita akan jumpa bila dah kahwin dan hidup bersama.
Dibesarkan Dengan Cara Berbeza
Kita kena ingat, cara kita di besarkan dengan cara pasangan kita dibesarkan tak sama. Adat dan budaya antara mereka dan kita juga mungkin berbeza. Mungkin pada kita itu biasa tapi tidak pada pasangan dan keluarga mentua kita.
Kadang orang yang dah berusia ni, mereka memang akan cepat terasa walau pun kata-kata kita itu bukan ditujukan kepada mereka.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri dalam hidup berumah tangga.
Tapi jika perkahwinan kita sudah melepasi tempoh yang matang, masing-masing sudah mengenal hati budi pasangan dan mentua, masa tu nanti barulah sesuai jika kita nak tinggal bersama dengan mak atau ayah mentua.
Sebab masa tu Aku pasti anda semua sudah pun menganggap mereka macam ibubapa kita sendiri, tiada rahsia nak sorok-sorokkan lagi.
Pendapat ini tidak terpakai untuk mak atau abah yang dah berusia dan tinggal sendirian di kampung. Dalam kes khas begini, Aku lebih suka untuk kita tinggal bersama dengan mereka.
Begitulah…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Poligami Tak Salah Tapi Pastikan Mampu Jaga Dua HATI

Tak salah berniat nak poligami tetapi kena ada ilmu dalam rumah tangga, bukan main redah ikut kepala sendiri.
Nak-nak yang poket tak tebal sangat, kemudian punya anak-anak yang masih kecil. Perangai isteri pula macam mana, semua itu kena ambil kira. Jom pergi lebih jauh!
Nak Poligami Tak Salah Tapi…
Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka. Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.”
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau. Baik, dia begini;
1. Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun.
Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumah tangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah!
Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu. Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sumber:Firdaus Mokhtar,
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI