Cara Pilih Baju Yang Sempurna Buat Bakal Pengantin Bertubuh Gempal

Share

Wanita yang mempunyai saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesona saat bergelar raja sehari.

Masalah yang sering dialami bagi golongan ini adalah gaya atau baju paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.

Nak  nampak langsing dan menyerlah di hari bahagia, ikut tip ini.

1. Potongan Baju

Pilihan baju  sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.

Pilihan samada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.

Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.

 

2. Fabrik Bermotif

Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.

Sebaiknya anda memilih baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.

 

3. Aksesori Ideal

Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori  dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agar tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.

Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.

4. Pilihan Fabrik

Dari segi pilihan fabrik,  wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat.

Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.

Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.

5. Memahami Bentuk Tubuh

Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih baju kahwin bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.

Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh pelbagai.  Oleh  kerana itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
 

Published by
Bella