Ada di antara kita yang sudah mula bekerja di pejabat sejak Isnin lalu. Jadi, tentunya anda tidak punya banyak masa untuk memasak hidangan berbuka nanti. Masa yang ada pun agak terhad. Jadi, masaklah sepantas yang boleh.

Selalunya, masa untuk memasak lebih banyak digunakan untuk menyediakan bahan-bahan. Waktu itulah nak kisar cili, waktu itu jugalah nak kisar bawang merah.

Jadi, apa kata mudahkan kerja anda dengan menyediakan cili dan bawang kisar. Cuma anda perlu tahu cara penyimpanan yang betul supaya tidak mudah rosak. Ayuh kita baca tip yang dikongsi oleh Ani Zam ini.

Ads

*****

Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama.

Ads

Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer..stok utk seminggu..

Dah nak masuk bulan puasa ni , senang buat stok macam ni…

Ads

Cara Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lebih Lama. Mudah Bila Nak Masak Nanti!

Cara-cara membuat cili kisar

  1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
  2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih
  4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
  5. Bila telah mendidih, tutup api
  6. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
  7. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender
  8. 100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih (8 @ 9 ulas)
  9. Blender menggunakan air tapis
  10. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais..
  11. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut

Cara-cara membuat bawang merah kisar

  1. 6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
  2. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
  3. Blender bawang bersama minyak masak
  4. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
  5. Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender
  6. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
  7. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
  8. Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Cara-cara membuat bawang putih kisar

  1. 5 labu bawang putih
  2. Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
  3. Blender bawang bersama minyak masak
  4. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
  5. Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender
  6. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
  7. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
  8. Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut

Sumber: Ani Zam via grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI