Macam mana cara simpan duit nak kahwin yang paling nampak hasilnya? Haa… kena lah kumpul kalau tak nak ‘sempit’ selepas berumahtangga.
Jom baca perkongsian Eliea Milee yang mana dia dan pasangannya dapat mengumpul wang sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri.
Cara Simpan Duit Nak Kahwin
Kena pejam mata simpan kalau betul nak dapat jumlah yang banyak dalam waktu singkat, ini caranya.
“Contohnya jika target simpanan kami mahu buat majlis sekitar RM20,000 tapi kami tambah RM4,000 lagi sekiranya ada apa-apa kos yang perlu ditambah.
“Jadi total RM24,000 dan kami target untuk dapat simpan ni dalam masa dua tahun,” ujarnya.
Simpanan Setiap Bulan
Saya simpan = RM500
Suami simpan = RM500
Total = RM1,000
RM1,000 x 12 bulan = RM12,000
RM12,000 x 2 tahun = RM24,000 (capai target)
Semua ini Eliea merangkumi kos untuk pakaian, pelamin, jurugambar, makanan dan macam-macam lagi.
Dia juga berjaya mengurangkan kos makanan kerana tidak menempah katering, sebaliknya segala juadah dimasak sendiri oleh ahli keluarganya.
“Untuk target simpanan RM24,000 ni sebenarnya semua termasuk dalam survey majlis kami macam pre-wedding, baju wedding, pelamin, mekap, jurugambar, kek, emcee, sound system, canopy, meja dan kerusi termasuk makanan.
“Makanan saya tidak ambil katering sebab mahal, jadi saya beli barang dan famili yang tolong masak dan ia sangat jimat. Saya habis dalam RM1,800 saja beli barang-barang untuk masakan dan anggaran tetamu dalam 200 orang.
“Kamu kena tahu anggaran tetamu supaya boleh bajet untuk beli barang-barang untuk masakan. Bergambar untuk pre-wedding tidak perlu buat pun tidak apa, tidak wajib, tapi kalau mahu ada kenangan, ada bajet lebih, okey saja,” ujarnya lagi.
Elakkan Membuat Sebarang Pinjaman
Dalam perkongsian sama, dia turut memberi nasihat agar bakal pengantin tidak membuat sebarang pinjaman bagi mengelakkan beban kewangan pada masa depan.
“Saya mahu nasihatkan jangan ambil loan atau buat mana-mana pinjaman untuk majlis kahwin. Awak akan sakit kepala dan selalu berfikir macam mana mahu bayar hutang lepas majlis.
“Buat simpanan ikut kemampuan sendiri ya, masing-masing ada cara sendiri untuk buat simpanan. Sebab Ini adalah cara saya dan suami. Saya hanya buat perkongsian.
“Kamu setuju atau tidak, kamu mahu ikut atau tidak, itu terpulang kepada diri sendiri. Pendapat masing-masing ya,” ujar Eliea lagi.
Eliea berkata dia turut membuang segala aplikasi beli-belah dalam telefon miliknya bagi mengelakkan ‘hasutan’ jahat yang boleh merosakkan pelan simpanan selama dua tahun itu.
“Lepas gaji dahulukan bayar komitmen dan buat simpanan dulu ya. Wajib disiplinkan diri untuk konsisten setiap bulan kalau mahu capai target.
“Kalau macam saya, saya kena uninstall semua aplikasi yang boleh buat saya berjoli. Sebab kalau tidak memang susah mahu buat simpanan,” ujarnya lagi.
Jadi, buat pengantin yang nekad nak dapat hasil RM24k, anda boleh cuba tip pengantin ini ya. Yang penting, bebas hutang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI