Pasangan

Cara Simpan Duit Nak Kahwin, Tak Perlu Pun Buat Personal Loan

Share

Sebelum berangan nak fikr tentang honeymoon, jom belajar cara simpan duit nak kahwin bagi cukup dengan elakkan membuatkan personal loan.

Ya, kebanyakan individu pasti mempunyai keinginan untuk melangsungkan majlis perkahwinan impian kerana berlaku sekali dalam seumur hidup.

Jadi mestilah banyak cara dilakukan untuk menjayakan matlamat berkenaan termasuk membuat simpanan kewangan bersama pasangan tercinta.

Cara Simpan Duit Nak Kahwin

Turut melakukan simpanan bersama pasangan sebelum mendirikan rumah tangga, pencipta kandungan digital Shaa Ismail berkongsi beberapa tip kewangan yang dilakukannya bersama suami Ali Ridhwan sebelum mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2019.

Menurutnya, konsep simpanan yang diamalkan bermula dengan jumlah yang sikit dan semakin banyak mengikut hari.

“Saya menabung sejak mula bertunang, jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama akan ambil dari tabung. Tapi kalau nak guna untuk top up, isi minyak atau rokok… tak boleh usik duit tabung.

“Memang guna cara ni sebab saya jenis boros dan duit dalam bank selalu habis. Boleh juga sediakan dua jenis beg duit, satu untuk belanja harian dan satu lagi simpanan,”

jelasnya.

Ini Antara Kaedah Menabung

Kaedah 1

1 haribulan simpan RM1, 2 haribulan simpan RM2 sampailah seterusnya 30 haribulan RM30.

Kalau pasangan buat perkara yang sama, jumlah tersebut boleh didarabkan dua dan dapatlah RM930 sebulan.

Andai kata ada buat simpanan pada hari ke 31, jadi total untuk setahun adalah RM11,904

Kaedah 2

Hanya simpan RM2 setiap hari sehinggalah 30 haribulan.

Total simpanan adalah RM60 dan jika dicampur dengan pasangan, anda akan ada RM120 sebulan.

Teruskan selama setahun, jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,440.

Kaedah 3

Jika mempunyai banyak komitmen, apa kata guna kaedah ini yang menetapkan simpanan sejumlah RM1 setiap hari.

Buat bersama pasangan dan lakukan selama setahun, jumlah keseluruhan adalah RM720.

Meskipun tidak banyak, namun cara ini dapat membantu anda apabila terdesak.

Hah, selepas ini pasangan yang berniat nak kahwin boleh cuba salah satu kaedah di atas. Siapa tahu, Allah cukupkan duit kahwin kalian tanpa perlu buat loan!

Published by
Nadia