Yis segera atau ada yang menggelarnya mauri-pan adalah bahan utama untuk menyediakan adunan ketika membuat roti, apam, donut, pau dan menu lain juga. Yis ini diperlukan untuk menjadikan adunan yang diuli itu mengembang dengan sempurna sebelum boleh dimasak.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang pasti akan terkena bila adunan yang dibancuh tidak mengembang atau saiznya tidak menjandi ganda dari saiz biasa walhal sudah menggunakan 1 paket yis. Pelik dan hairan itu lah yang bermain diminda jika ini terjadi. Tetapi apa yang anda tidak tahu, ada sesuatu yang terjadi dengan yis yang anda beli itu. Perkongsian oleh Nurul Zainal melalui laman Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) mengenai yis ini boleh dijadikan info.

BRAND SAMA, PACKAGING BERBEZA

Cara Tengok Sebelum Beli Mauripan, Isteri Boleh Ajar Suami Nanti

Jika sekali pandang anda tidak dapat mencari bezanya, tetapi itulah hakikatnya. Dua packet yis segera ini ada perbezaannya yang anda sendiri pun tidak sangka.

Ads

Cara Tengok Sebelum Beli Mauripan, Isteri Boleh Ajar Suami Nanti

Brand yang sama, packaging yang berbeza. Perhatikan yang dalam petak merah tu, yang itu saya beli 2 paket dan dua-dua tu bila campur air suam dia jadi macam yis mati. Tarikh expired pun tak ada.

Ads

Cara Tengok Sebelum Beli Mauripan, Isteri Boleh Ajar Suami Nanti

Ads

Yang satu lagi tu dalam petak biru, nampak packing lebih kemas dan ada expired date. Bila campur dengan air suam, elok kejadian dan naik berbuih macam biasa.

Mungkin ni salah satu punca yis selalu tak naik elok yang kita tak perasan. Share dari pengalaman saya sendiri. Maaf kalau saya silap. Mana tahu ada yang lebih arif, boleh bagi pencerahan apa perbezaan antara mauripan ni.

Sumber : Nurul Zahid

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI