Kecantikan

Cara Tepat Memakai Lipstik Agar Kekal Lama Dan Sapuan Nampak Sempurna

Share

Walaupun wanita biasa memakai lipstik tapi ramai yang tak tahu cara tepat memakainya agar lipstik kekal lama dan sapuan nampak sempurna. Bukan sekadar sapu dan siap, sebenarnya ada beberapa perkara yang perempuan perlu titikberatkan semasa memakai lipstik.

Tidak dinafikan lipstik menjadi produk wajib bagi setiap wanita kerana ia mampu menyerlahkan penampilan walaupun hanya dengan satu sapuan sahaja. Kuasanya mampu mengubah mood seseorang. Buat yang berani memakai warna merah terang tentunya penampilan anda lebih daring dan memukau.

Jika anda memakai lipstik dengan cara yang salah ia boleh mencacatkan penampilan sekali gus membuatkan anda rasa rendah diri. Ayuh praktikkan cara ini agar pemakaian lipstik anda lebih tepat, memukau pandangan dan mampu menyerlahkan penampilan.

Kesalahan 1: Sapu lipstik pada bibir yang pecah

Kulit bibir yang mengelupas dan kering akan membuatkan sapuan lipstik di permukaan bibir tidak sekata dan comot. Tentu sahaja anda tidak mahu orang melihat bibir anda yang sebegitu. Jadi peliharalah kesihatan dan kelembutan bibir dengan memakai lip balm dan eksfoliasi dengan gula pasir yang dicampurkan dengan madu atau minyak zaitun secara rutin. Barulah bibir lembut bak sutera!

Kesalahan 2: Pilih warna lipstik yang salah

Anda boleh mati gaya sekiranya memilih warna lipstik yang tidak salah dan tepat. Sebelum mengambil keputusan untuk membeli lipstik, anda harus terliti dahulu warna lipstik yang serasi dengan tona kulit anda. Tak semestinya warna lipstik yang rakan anda pakai akan jadi sama cantik jika anda pula yang memakainya. Jangan mengikut orang, pilihlah mengikut kesesuaian diri anda.

Kesalahan 3: Tidak sesuaikan dengan bentuk bibir

Pilihlah lipstik yang berwarna gelap kerana ia akan membuatkan bibir tampak lebih tipis. Sementara lipstik yang berwarna terang pula akan memberikan ilusi bibir yang lebih penuh. Jadi sekiranya anda tidak mahu bibir kelihatan lebih tebal atau terlalu tipis, ingatlah baik-baik panduan ini.

Kesalahan 4: Pakai lipliner terlalu gelap

Sebenarnya tiada masalah sekiranya anda memilih lipliner yang berwarna lebih gelap. Sebaiknya pastikan perbezaan warnanya tidak terlalu ketara melainkan anda ingin mencuba penampilan ala gyaru (yang sudah ketinggalan zaman di Jepun sana).

Kesalahan 5: Pakai lipstik terlalu banyak 

Anda tidak perlu memakai lipstik secara berlebihan dan banyak kerana ia akan membuatkan lipstik kelihatan lebih comot dan bersememeh. Apalagi jika anda mengoleskan lipstik hingga ke bahagian dalam bibir. Bagi mengelakkan lipstik terkena gigi, anda boleh tekapkan tisu di antara kedua-dua bibir, selain membuatkan sapuanya kelihatan lebih sekata.

Kesalahan 6: Terlalu banyak pakai lip gloss

Lip gloss memang boleh membuatkanpenampilan bibir lebih segar dan menggoda. Tetapi jika anda menggunakan terlalu banyak, bibir boleh kelihatan hodoh dan melekit. Cukuplah anda mengoleskan lip gloss pada bahagian dalam bibir untuk memberikan kilau secukupnya. Ingat! Tidak perlu mengoles hingga ke hujung bibir.

Kesalahan 7: Pakai lipstik warna menonjol dengan rias mata tebal

Jangan memadankan rias mata yang tebal seperti smokey eyes dengan warna lipstik yang sangat menonjol seperti warna merah terang. Ini akan membuatkan anda kelihatan seperti badut, malah orang yang melihat anda juga akan keliru, antara bibir dan mata yang mana satu anda ingin tonjolkan.

Itulah antara 7 kesalahan yang perlu anda elakkan ketika memakai lipstik. Ingat! Jangan buat, kalau nak lipstik kekal lama. Semoga bermanfaat untuk anda!

Published by
Putri Adila