Hubungan

Cara Uruskan Masa Untuk Isteri Rasa Bahagia, Berdamailah Dengan Keadaan

Share

Isteri kalau nak bahagia kena tahu cara uruskan masa sebaiknya. Baik bekerja atau suri rumah, tempoh untuk rawat emosi perlu ada.

Ini yang anda kena belajar bila sudah bergelar isteri kepada seseorang sebab perjalanan untuk menjadi wanita bahagia tidak mudah jika salah gayanya.

Nakj lebih dekat lagi dengan keadaan, jemput baca perkongsian Fahimah Mahayuddin ini tentang pulihkan emosi wanita bergelar isteri.

Cara Uruskan Masa Untuk Isteri Rasa Bahagia

Kadang-kadang bila terbaca keluhan para suri rumah yang burn out, kepenatan dan tak ada kawan, tak ada masa untuk diri sendiri rasa sangat memahami. Sebab diri sendiri juga pernah lalui benda yang sama masa fasa anak-anak masih kecil. Tambah bila suami outstation, anak-anak semua tak sihat, masa ini memang sangat menguji mental fizikal. Ada masa menangis juga. Bila anak-anak semuanya jenis “high needs”/ “high demand”.

Ayat penguat semangat pada diri sendiri masa itu, anak-anak tak selamanya kecil. Sampai masa akan besar juga. Bersabar dan harungi saja. Allah angkat dan tinggikan darjat seorang ibu kerana Allah tahu tugas seorang ibu itu tak mudah.

Sampai Masanya, Anak Dah Boleh Uruskan Dirinya

Dan masa berlalu pantas, sekarang anak-anak dah makin besar dan bersekolah. Walaupun yang bongsu sekarang baru 4 tahun, tapi dah mula rasa makin mudah nak uruskan anak-anak berbanding dulu. Sudah boleh tinggalkan pada cikgu atau ayah mereka sekejap. Mama pun sudah boleh explore skill diri. Boleh pilih kerjaya yang memerlukan keluar dari rumah walaupun dekat-dekat saja. Ada lah masa lebih sikit untuk diri sendiri dan dapat keluar breakfast berdua dengan husband.

Kalau dulu memang tak boleh nak tinggal lansung anak-anak. Diorang memang nak mama 24 jam. Mama garang macam singa pun tetap nak mama. Ya ..masa akan berlalu dan lalui saja tempoh tu.

Tak tahu nak bagi kata semangat apa bagi mereka yang tengah lalui fasa-fasa kepenatan dan burn out ni. Yang lalui saja yang faham. Tambah kalau anak-anak masih kecil semuanya dan jarak rapat-rapat. Paling penting, kena ada support system yang kuat terutamanya suami.

Rezeki kalau dapat suami yang sentiasa mendengar dan membantu. Untuk suri rumah yang menguruskan semua sendiri dan pjj dengan suami pasti struggle itu lebih lagi. Semoga Allah kurniakan pahala berganda-ganda buat kalian.

Kalau Penat, Berhenti Buat Kejap

Yang boleh pesan, kalau rasa penat, berhenti. Jangan paksa diri. Rehat saja. Rumah tak berkemas, biar dulu. Ajar mata dan hati untuk berdamai dengan keadaan. “Stress” yang boleh letak tepi, letak tepi. Ada masa , anak-anak dah tidur baru kemas. Kalau tak, tunggu lah suami balik buat sama-sama. Ada waktu kalau tak sempat masak, beli. Kalau tak ada duit nak beli, masak saja yang simple. Dulu-dulu kalau nak gerak ke dapur pun anak menangis tak henti, tanak nasi, goreng telur dan makan dengan kicap pun cukup. Asal perut kenyang dan ada tenaga nak jaga dan menyusukan anak.

Buatlah apa yang kita rasa mampu. Jangan banding life kita dengan life orang lain. Kalau rasa media social ini rasa serabut, buat kita rasa rendah diri, shut down semua media social. Fokus kehidupan sendiri. Ini perkara yang saya buat lepas lahirkan anak kedua. Off semua media social seketika. Media social untuk bisnes saja yang aktif masa itu. Sebab berniaga. Time dulu memang hidup dalam circle sendiri. Lebih tenang dan bahagia uruskan semua.

Begitulah cara kalau nak bahagiakan hati sendiri, jadi buat anda yang masih uruskan anak-anak sendiri, jangan sesekali rasa ‘tak cukup’. Teruskan dan kayuh perlahan-lahan.

 

Published by
Nadia