Cari Pengasuh Biar Yang Berpengalaman, Bukan Yang Boleh Jaga Suami Sekali!

Share

Mari kita cuba cara ini dalam menilai kualiti bakal pengasuh anak kita.

1. NILAI TANGGAPAN PERTAMA
Tidak kira sama ada kita mencari pengasuh secara atas talian atau direkomen orang, penilaian terhadap tanggapan pertama sangat penting.

Kita boleh menilai kualiti pengasuh daripada cara mereka memberikan respons dan reaksi terhadap maklumat yang kita sertakan, sama ada menerusi WhatApps, panggilan telefon atau e-mel.

2. LAKUKAN TEMU BUAL
Sesi ini sangat penting. Datang ke rumah pengasuh dan tanyalah macam-macam soalan tentang pengalaman, gaya pengurusan dan penjagaan anak bagi memastikan dia benar-benar berpotensi.

Kita juga perlu beritahu tentang apa harapan kita kepadanya. Maklumkan juga masalah kesihatan anak seperti ekzema, asma dan G6PD (Glucose -6- Phosphate Dehydrogenase). Apakah dia tahu atau pernah menguruskan kanak-kanak yang bermasalah kesihatan seperti itu?

3. RUJUKAN
Sentiasa hubungi perujuk, iaitu individu yang pernah menggunakan khidmat pengasuh itu. Walaupun pengasuh itu disyorkan rakan baik kita, tetapi perujuk lain juga diperlukan bagi mendapatkan perspektif lebih luas. Setiap ibu bapa ada harapan berbeza. Ada ibu bapa yang cerewet dan ada yang ala kadar saja. Kita pula jenis yang bagaimana? Semua kriterian itu penting untuk penilaian kita.

4. PERIKSA LATAR BELAKANG
Periksa latar belakang bakal pengasuh sama ada dia pernah terlibat dalam jenayah (jika pengasuh mengasuh di rumah kita). Periksa juga sejarah pengalaman perkhidmatannya sebelum ini. Apakah pernah berlaku kes tidak diingini ke atas anak di bawah jagaannya.

5. PERCAYA NALURI IBU
Jika pengasuh dicari sudah melalui semua peringkat penilaian di atas. Tetapi kita sebagai ibu masih perlu membuat penilaian berdasarkan naluri. Hal ini penting kerana ibu dikurniakan naluri atau gerak hati kuat untuk memberitahu sama ada pengasuh itu sesuai atau tidak. Jangan ikut saja kata orang. Penilaian dan naluri setiap orang berbeza!

6. TANYA REAKSI ANAK

Jika anak sudah pandai bercakap, tanyalah pendapat dan reaksinya selepas berjumpa pengasuh. Apakah anak kita selesa dan sukakannya? Pendapat anak kita juga penting, tengok apa jawapan mereka!

Published by
Kim