Selalu kita dengar orang kata, nak murah rezeki kenalah berkahwin. Malah dengan berkahwin, Allah akan memberikan kekayaan dan kecukupan dalam pelbagai sumber rezeki.
Namun bila sudah berkahwin, rezeki anda selalu tak cukup dan payah. Kenapa itu berlaku? Mungkin tujuh alasan ini menjadi antara sebab kenapa rezeki anda sukar. Jom kita baca.
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nuur: 32).
Dari ayat di atas, Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata,
اِلْتَمِسُوْا الغِنَى فِي النِّكَاحِ
“Carilah kaya (hidup berkecukupan) dengan berkahwin.” Umar bin Al-Khattab juga mengatakan semisal itu. (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 5:533)
Disebutkan pula dalam hadis bahawa Allah akan senantiasa menolong orang yang ingin menjaga kesucian dirinya selepas berkahwin. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah SAW bersabda tentang tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan Allah. Di antaranya;
Ads
وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ
“… seorang yang berkahwin kerana ingin menjaga kesuciannya.” (HR. An-Nasa’i, no. 3220, Tirmidzi, no. 1655. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadis ini hasan)
Ahmad bin Syu’aib Al-Khurasani An-Nasai membawakan hadis tersebut dalam Bab “Pertolongan Allah bagi orang berkahwin yang ingin menjaga kesucian dirinya”.
Apabila sudah berkahwin namun kenapa belum diberi kecukupan atau kekayaan? Kenapa boleh terjadi begitu?
Ada tujuh alasan yang disebutkan oleh para ulama sebagaimana yang diutarakan oleh Syaikh Musthafa Al-‘Adawi.
Pertama:
Kecukupan itu tergantung kehendak Allah (masyiah Allah). Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman;
“Dan jika kamu kuatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari kurnia-Nya, jika Dia mengkehendaki.” (QS. At-Taubah: 28)
فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِنْ شَاءَ
“Maka Dia menghilangkan bahaya yang kerananya kamu berdoa kepada-Nya, jika Dia mengkehendaki.” (QS. Al-An’am: 41)
Kedua:
Umumnya, orang yang berkahwin akan diberi kecukupan rezeki oleh Allah.
Ads
Ketiga:
Jika yang berkahwin tadi dengan menikahnya ingin menjaga kesucian diri, itulah yang membuat Allah memberi kecukupan (sebagaimana janji dalam hadis yang disebutkan di atas).
Keempat:
Kecukupan itu diperoleh bagi orang yang bertakwa kepada Allah dan mencari sebab yang syar’i untuk mendapatkan rezeki.
Kelima:
Yang dimaksud ghina (cukup atau kaya) di sini adalah kaya hati atau hati yang selalu merasa cukup (alias: qana’ah).
Keenam:
Yang dimaksud adalah Allah memberi kecukupan dengan kurnia-Nya dengan yang halal sehingga ia terjaga dari zina.
Ketujuh:
Kekayaan itu diperoleh kerana sumber rezeki untuk suami bergabung dengan rezeki isteri.
Demikian, semoga Allah memberi kecukupan dan kekayaan setelah menikah. Wallahu waliyyut taufiq.
4 Cara Kurangkan Nikotin Dalam Tubuh Perokok Tegar
Nikotin sangat adiktif. Asap yang mengandung nikotin yang dihirup ke dalam paru-paru akan mencapai ke otak hanya dalam masa enam saat. Bahan rokok termasuklah nikotin, tar, karbon monoksida, formalin, amonia, hidrogen sianida, arsen dan DDT.
Rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, termasuk 43 penyebab kanser (karsinogenik) senyawa yang dikenal dan 400 racun lain.
Walaupun tidak seserius ketagihan heroin, kecanduan nikotin juga menimbulkan risiko kesihatan yang sangat serius dalam jangka masa panjang.
Bagi anda yang merokok dan sangat sukar untuk menghentikannya, berikut ini ada beberapa tips mudah untuk menghilangkan nikotin di dalam tubuh.
1. Banyakkan Minum Air putih
Air putih sangat baik bagi kesihatan dan sudah banyak bukti bahawa air putih adalah air super yang mampu menghilangkan penyakit. Minum 8 gelas air setiap hari akan meningkatkan ion dalam tubuh selain dapat menghindari tubuh dari Dehidrasi.
2. Banyakkan Minum Air Kelapa
Air kelapa sangat baik untuk menghilangkan toksin atau racun dalam tubuh dan rokok adalah sumber toksin terbanyak dalam tubuh perokok. Selain itu kandungan air kelapa juga sangat baik untuk merangsang pertumbuhan sperma.
Menurut kajian, air kelapa mengandungi banyak vitamin, antaranya adalah vitamin C yang sangat baik bagi kesihatan terutama bagi perokok tegar. Air kelapa juga mengandungi nikotinat, folat, pantotenat, biotin serta riboflavin.
Tidak hairanlah jika air kelapa juga dimanfaatkan sebagai bahan perubatan tradisional termasuklah kecantikan.Di samping itu, secara khusus, air kelapa kaya potasium (kalium) dan selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (bervariasi antara 1.7 sampai 2.6 peratus) dan protein (0.07- 0.55 peratus).
3. Memakan Buah-buahan Yang mengandung Vitamin C
Seperti air kelapa, perokok juga disarankan untuk memakan buah-buahan yang mengandungi tinggi Vitamin C. Selain air kelapa anda juga boleh meminum jus lemon yang banyak mengandungi vitamin C.
Strawberi juga sangat dianjurkan bagi anda yang ingin menghilangkan nikotin didalam tubuh kerana di dalamnya banyak mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk tubuh.
4. Buah kiwi
Buah kiwi adalah buah dari Australia yang kini sudah banyak tersebar di seluruh dunia. Buah Kiwi membantu menghilangkan nikotin dari tubuh yang kaya vitamin A, C dan E kerana ketika merokok, kadar vitamin akan berkurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang Asia sudah terbiasa dengan aroma dan rasa bawang putih dalam masakan. Boleh dikatakan, dalam hidangan harian seperti sup dan nasi goreng pun kita ada masukan hirisan bawang putih sebagai ramuan manakala ibu-ibu dalam pantang, bawang putih sering dijadikan makanan untuk memanaskan badan sekaaligus ulasmya diselitkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin.
Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang. Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.
Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong.
Pulih Masalah Kulit
Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh
Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain
Nyah Toksin, Racun & Bahan Berbahaya Dari Tubuh
Pulih cirit-birit serta sembelit
Bantu mengeluarkan asid urik dari badan
Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan
Memelihara hati dan bantu membakar toksin
Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.
Baik juga buat individu yang keracunan makanan
Melawan Penyakit Kronik
Pulihkan Diabetes
Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus
Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk
Legakan selesema
Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi)
Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal
Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan
Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung
Tips!
Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong. Oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dekorasi merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan agar ia menjadi ingatan tetamu. Meskipun begitu, ada sebahagian bakal pengantin yang kerap melakukan kesalahan saat membuat dekorasi perkahwinannya.
Oleh itu, pastikan anda jangan ambil mudah dengan kesalahan-kesalahan ini agar anda tidak membuang banyak masa dan terhindar daripada stres yang berlebihan.
1. TIDAK ADA IDEA REKAAN & TEMA YANG DIINGINKAN
Ramai pasangan datang ke perancang perkahwinan tanpa mengetahui apa yang mereka akan lakukan untuk majlis perkahwinan sehingga akhirnya mereka hanya membuang wang, waktu dan tenaga.
Rekaan dan anggaran yang baik merupakan kunci untuk menghasilkan dekorasi perkahwinan yang sempurna. Jangan membeli atau memesan apa pun yang tidak sesuai dengan tema perkahwinan anda. Jika anda bingung bagaimana harus memulakannya, sebaiknya anda dapatkan khidmat nasihat daripada perancang perkahwinan yang akan mengarahkan bagaimana dekorasi perkahwinan selain menerangkan konsep yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
2. ABAIKAN DEKORASI MEJA & KERUSI
Selain pelamin, meja dan kerusi juga menjadi salah satu ornamen terpenting dalam perkahwinan dan perlu diberi perhati. Pastikan anda bijak memilih warna yang sesuai atau selaras dengan tema perkahwinan anda. Fikirkan juga ornamen dekorasi apa yang akan menjadikan meja dan kerusi sebagai spot menarik.
3. TIDAK AMBIL TAHU KELUASAN RUANG YANG DIPERLUKAN
Anda tentu tahu bahawa tetamu memerlukan ruang untuk memudahkan mereka bergerak ketika majlis anda berlangsung. Oleh itu penting untuk anda memikirkan ruangan keluasan agak ia mampu memberi keselesaan dan cukup untuk mereka bergerak. Hitungkan seberapa luas tempat untuk hiburan, meja makan, photobooth dan ruang gerak jurugambar.
Selain itu, pilihan tempat sangat penting untuk anggaran dan rekaan dekorasi anda. Ruang serba guna yang polos mungkin memiliki harga yang murah tapi anda akan menghabiskan lebih banyak wang untuk menghiasinya. Jika perlu, pilihlah ruang yang sudah memiliki rekaan hiasan dalaman yang cantik.
4. TIDAK AMBIL TAHU UKURAN MEJA & KOS UNTUK CENTERPIECES
Anda pernah melihat meja makan utama yang penuh dengan ornamen dekorasi atau nampak kosong dan tidak menarik? Ini kerana ada beberapa bakal pengantin yang langsung tidak mempedulikan ukuran meja dan dekorasi yang sesuai. Nah! Jangan sampai perkara ini menjadi kesalahan anda seterusnya dan kos yang dikeluarkan tidak sia-sia.
5. MENGABAIKAN LANTAI
Warna lantai yang tidak selaras dengan dekorasi tentunya akan mengganggu pemandangan majlis perkahwinan anda nanti. Jadi pastikan anda berbincang dengan perancang perkahwinan tentang warna dan keadaan lantai lokasi perkahwinan anda.
6. TIDAK MEMIKIRKAN SOAL PENCAHAYAAN
Pencahayaan ialah kunci untuk mengatur mood selain memberikan nyawa pada dekorasi ruangan keseluruhan. Lilin menjadi ornamen pencahayaan yang indah dan menjimatkan. Dengan pilihan yang tepat, pencahayaan mampu mengubah tempat biasa-biasa menjadi tempat luar biasa dan akan menjadi ingatan tetamu.
7. ABAIKAN PERSEMBAHAN MAKANAN
Makanan lazat namun tidak dipersembahkan dengan baik tentu tidak akan menarik minat tetamu untuk menikmatinya. Anda juga perlu memerhatikan kebersihan meja jamuan, selain memastikan makanan yang disajikan segar dan menarik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!