Agung dan sucinya cinta pemuda bernama Azam ini yang menikahi isterinya walaupun ketika itu isterinya sedang bertarung nyawa berhadapan serangan kanser.
Bagaimanapun saat bahagia mereka itu hanya seketika, tidak lebih dua hari apabila si isteri, Fatin Nur Syahirah dijemput pencipta.
Ikuti tulisan abang kepada Fatin, Yusri Yusof menerusi posting di Facebooknya semalam.
*إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ*
Hari ini, adik perempuan, Fatin Nur Syahirah telah pulang menyahut panggilan Ilahi yang ternyata lebih sayang kepada arwah Syahirah atau dalam keluarga kami lebih mesra dipanggil kakak.
Dia anak perempuan pertama dan adik beradik keempat dari lima beradik.
For most, people will say she lost her battle with cancer.
Tapi ini bukan sebarang kanser, ini mesenchymal chondrosarcoma, sejenis kanser yg rare, menyerang soft tissue dan cartilage.
Tumor yg sgt agresif dan tiada belas kasihan untuk tubuh seorang gadis yang baru berumur awal 20-an.
Tapi bagi kami kakak won her battle with this cancer. Sejauh mana pun agresif kanser ini tapi dia tak pernah give up.
Tak pernah menyerah kalah. Kakak sangat kuat dan tak pernah merungut. Dua major surgery September 2017 dan Februari 2018 dgn bukaan lebih panjang dari C-section.
Kakak terus berjuang melawan mesenchymal chondrosarcoma, dan pada masa yg sama tetap positif dan jarang sekali mengalirkan air mata.
Kakak kuat sebab dia cinta Allah dan Rasul, kakak kuat sebab kami sekeluarga cintakan kakak.
Tapi kakak lebih kuat sebab ada cinta dari anak muda bernama Azam.
Azam yang sanggup menerima keadaan kakak dan ingin menjadikan Syahirah sebagai isterinya.
June 2018, lepas Aidilfitri mereka bertunang dgn niat untuk bernikah pada 18 Ogos ni sebelum Aidiladha.
Tapi apa kan daya kesihatan kakak merosot secara mendadak dalam tempoh seminggu ketika aku ada kat Korea.
Lumpuh apabila kanser menyerang tulang belakang, pernafasan kakak pun amat terganggu.
Tapi perancangan ALLAH maha hebat dan DIA izinkan majlis pernikahan mereka berdua.
Akhirnya Azam dan Syahirah pun sah bergelar sebagai suami isteri setelah bernikah di rumah pada 3 Ogos 2018.
Dan hari ini kakak meninggalkan kami semua, selama-lamanya.
Aku sembang-sembang dengan adik ipar baru, Azam dan dia dengan air mata bergenang ucap terima kasih kerana benarkan dia keluar dengan Syahirah sebelum-sebelum ini.
Sambil air mata kami mengalir di pipi, aku cakap kat Azam “takde apalah benda kecik ja tu. Walaupun Syahirah dah takde, kita tetap adik beradik.
“Kalau nak datang rumah bila-bila mai ja Azam.”
Siapa sangka, aku dan adik ipar turun dalam liang lahad untuk sambut jenazah adik dan isteri yang diturunkan oleh ahli keluarga yang lain. Allahuakbar.
Al Fatihah buat kakak, Fatin Nur Syahirah…