Check Handphone Suami, Wajar Ke Isteri Buat Semua Tu?

Share

Ramai yang melompat bila baca tajuk ni. Ramai yang tak bersetuju, baik isteri mahupun suami. Kerana pada sesetengah mereka, telefon adalah privacy masing-masing. Tetapi kadang-kadang kita tak sedar, yang privacy itu adakalanya menjadi sangat penting pada sesuatu masa.

 

Bila kita dah boleh buat komitmen untuk berkahwin, istilah privacy itu semacam dah tak relevan. Kalau perlukan privacy, lebih baik bersedia untuk hidup single dan tidak ada komitmen dengan mana-mana individu.

 

Soal kepercayaan itu satu hal, satu hal lain adalah sebagai suami dan isteri, banyak juga hal yang perlu diambil tahu. Isteri dan suami perlu tahu dengan siapa pasangan kita berkawan. Bukan apa, bayangkan bila berlaku sesuatu pada pasangan (Nauzubillah), kita tahu nak cari siapa. Mungkin kita boleh tanya pada kawan-kawannya.

 

Untuk apa rahsiakan kod telefon? Untuk apa sorok-sorok apa yang terkandung dalam telefon bimbit kita seandainya tak ada apa-apa yang boleh menimbulkan musykil. Isi kandungan gambar, video, perbualan dan aktiviti-aktiviti lain dalam telefon bimbit ni boleh menimbulkan syak dan boleh menjebakkan kita dengan sesuatu yang tak baik andai tidak dibendung dari awal.

 

Lebih sadis, bila ada pasangan sanggup membawa telefon bimbit sehingga ke bilik air! Untuk apa? Takkan penting sangat sampai bawa telefon bimbit ke tandas. Memang betul kita kena saling mempercayai. Tapi kalau buat sesuatu yang terang dan jelas boleh menimbulkan rasa curiga, memang kita pun tak lepas la nak bagi kepercayaan 100 peratus.

 

Peganglah satu perkara. Sebaik kita ikat perhubungan dengan ijab dan kabul, tanamkan dalam hati untuk terus setia, terus menjaga rumahtangga dengan penuh kasih sayang dan tanamkan dalam hati, berkahwin kerana Allah Taala…

 

Kredit foto: TANGKAP PICTURES

Published by
Anis Nor