Check-list Sebelum Balik Kampung

Sebelum balik kampung masing-masing untuk beraya, jangan lupa buat check list kali terakhir sebelum bertolak.

Wajib pastikan barang keperluan yang ingin dibawa sudah lengkap disusun di dalam beg untuk memudahkan bila berada dalam suasana ramai-ramai.

Maklumlah, apabila berkumpul bersama adik-beradik dan sanak saudara dalam satu rumah, pasti banyak benda yang tidak cukup untuk digunakan dan mungkin beberapa perkara jadi lambat.

Bagi mengelakkan kejadian berebut itu berlaku, Puan Hani Mynis pernah berkongsi check-list yang perlu dibawa pulang bersama.

Check-list Sebelum Balik Kampung, Mudah Bila Semua Ini Dah Ada

1. Sambungan kuasa (power extention) dan pengecas telefon bimbit

Membawa alatan elektrik ini akan memudahkan urusan sekiranya soket elektrik di rumah kampung terhad dan jauh untuk dicapai.

2. Ubat nyamuk elektrik dan kertas mat

Bawa ubat nyamuk untuk digunakan pada waktu malam bagi mengelakkan gigitan serangga apatah lagi di kawasan hotspot denggi.

Ads

3. Bakul dobi, jaring dobi dan penyangkut (hanger)

Bakul dobi sangat penting untuk asingkan pakaian agar tidak bercampur dengan baju lain.

Malah, kebarangkalian untuk tertinggal baju juga kurang sekiranya dilonggokkan dalam satu bakul.

Penyangkut baju juga penting untuk menyangkut baju raya dan tudung yang sudah siap digosok.

4. Plastik sampah

Barang wajib dibawa terutama sekali bagi mereka yang ingin membuang lampin bayi dan tuala wanita sudah digunakan.

Ads

5. Kit perubatan

Ubat-ubatan adalah penting kerana kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan kecil atau jatuh sakit adalah tinggi.

Jangan lupa bawa bekalan ubat mencukupi terutama sekali bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes atau darah tinggi.

Pastikan barang sudah diisi semula dalam bekas ini sebelum balik kampung.

6. Selimut, bantal dan toto

Masalah bantal atau selimut tidak mencukupi boleh dielakkan sekiranya anda membawa selimut dan bantal sendiri dari rumah.

Ads

Check-list Sebelum Balik Kampung, Mudah Bila Semua Ini Dah Ada

7. Seterika

Bawa seterika anda sendiri bagi mengelakkan berlakunya perebutan ketika menggosok baju raya.

Adalah lebih baik sekiranya baju yang dibawa sudah digosok terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung.

8. Tuala dan kain basahan

Benda paling tidak boleh ditinggalkan sekali sudah semestinya tuala dan kain basahan untuk digunakan sepanjang berada di rumah nenek.

9. Barangan mandian

Segala kelengkapan mandian seperti berus gigi, ubat gigi, sabun dan syampu merupakan antara barangan wajib dibawa sendiri dari rumah.

Jangan lupa buat semakan kali terakhir sebelum gerak balik kampung ya! Baru lah senang bila duduk tempat ramai-ramai. Memudahkan dan tidak melambatkan waktu nak berjalan secara berjemaah. Selamat bercuti!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI