Majlis merisik telah berlangsung kini tiba pula majis untuk bertunang. Sebelum melangkah ke acara seterusnya anda dan pasangan serta keluarga eloklah berbincang dengan jelas agar tidak berlaku salah faham dan sebagai di majlis itu kelak. Sebagai panduan gunalah check list ini supaya anda tidak tersasar dari tujuan yang sebenar.
Ads
Ads
Ads
- Pilih tarikh, waktu & tempat. Agar memudahkan semua pihak kedua pihak keluarga pasangan telah menentukan tarikh, waktu dan tempat yang dipersetujui oleh kedua keluarga.
- Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
- Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan warna yang lembut dan segar seperti merah jambu, kuning lembut dan putih.
- Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat). Jika bijak mix & match dekorasi pada gubahan pastinya ia tampil menarik.
- Pilihan warna pakaian L/P – Bergantung pada tema. Putuskan warna apa yang sedang trend kini.
- Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (senaraikan barang-barang yang hendak diberi)
- Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (senaraikan barang-barang yang hendak diberi)
- Jumlah wang hantaran & mas kahwin
- Cincin tunang – cincin ( ikut pilihan sendiri)
- Pilihan pelamin : Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik. Terpulang pada anda di mana acara sarung cincin akan diadakan.
- Mekap- tidak perlu mekap yang berlebihan. Memadai dengan mekap yang natural dan soft.
- Jurufoto- penting sekali untuk merakam detik indah anda ini. Kalau mampu sediakan jurufoto khas.
- Sediakan bajet jamuan makan – Katering atau pun masak sendiri. Kalau tidak ramai yang datang boleh masak sendiri .
- Tentukan wakil pihak L/P sbg jurucakap – Biasanya orang tua yang berpengalaman, lebih nampak manis acara apabila ada orang tua yang memulakan percakapan.
- Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI